Kenali 9 Masalah Sering Dialami Ibu Baru Lepas Bersalin Ketika Dalam Pantang

Ibu-ibu yang baru lepas bersalin kebiasaannya akan alami masalah ketika dalam pantang seperti keguguran rambut, sukar mengawal air kencing, alami sakit belakang, perut buncit, naik berat badan atau turun berat badan secara mendadak, perubahan saiz payu dara, badan masuk angin, tangan atau kaki kebas-kebas, cepat letih dan paling membimbangkan kalau demam dalam pantang.


Masalah ni berlaku disebabkan perubahan dalam badan kita dan banyak urat-urat kita yang putus semasa bersalin. So sebab itu para ibu yang baru lepas bersalin mesti jaga kesihatan badan betul-betul. Jaga diri dan pemakanan. Pastikan kita makan makanan yang berzat yang dapat menampung kekurangan nutrien dalam badan kita.


masalah selepas bersalin, masalah selepas bersalin pembedahan, perubahan hormon selepas bersalin, perubahan faraj selepas bersalin, perubahan badan selepas bersalin, perubahan fizikal selepas bersalin, perubahan wanita selepas bersalin, vitamin untuk ibu selepas bersalin, vitamin untuk ibu berpantang, vitamin untuk ibu lepas bersalin, suplemen untuk ibu berpantang, ubat ibu dan anak, ubat ibu bersalin, ubat ibu berpantang, cara atasi masalah selepas bersalin, berpantang tradisional bantu ibu bersalin kembali bertenaga, berpantang tradisional vs moden, cara berpantang tradisional, rambut gugur selepas bersalin, perut buncit selepas bersalin, miss v longgar selepas bersalin, demam selepas bersalin, cepat letih selepas bersalin, turunkan berat badan selepas bersalin, badan berangin selepas bersalin, sakit belakang selepas bersalin, sakit belakang selepas pembedahan, penyebab payudara berubah bentuk, payudara selepas pantang, payudara membesar,
9 masalah dalam pantang ni kerap dialami oleh ibu yang baru bersalin. Penting untuk ibu muda ambil tahu..


Masalah Yang Sering Dialami Oleh Ibu Baru Lepas Bersalin



1. Masalah Keguguran Rambut


Ada yang mengatakan masalah keguguran rambut ni berpunca dari air liur bayi yang kuat menyembur. Sebenarnya tiada kaitan pun hihi. Punca keguguran rambut ni berlaku disebabkan sumber biotin yang sedia ada dalam badan kita ni dah keluar sekali dengan darah sewaktu bersalin. Oleh itu, sumber biotin yang tidak mencukupi telah menyebabkan pertumbuhan rambut kita terganggu. So untuk pastikan rambut kita sentiasa sihat, amalkan makan makanan yang mengandungi sumber biotin dan vitamin B yang lengkap.


2. Kesukaran Mengawal Air Kencing Dari Mengalir


Masalah sistem pelawasan urine ni berkait rapat dengan bahagian faraj wanita. Bila otot pelvic terlalu kendur atau ruang vagina kita ni terlalu longgar, tu yang rasa sukar nak kawal air kencing. Tahu-tahu dah terkucil, tak sempat nak pergi toilet. That is why para doktor selalu inform suruh buat senaman kemut sekerap yang mungkin sebaik selepas bersalin. Tujuannya adalah untuk menegangkan semula otot pelvic yang sangat penting untuk mengawal pengeluaran air kencing.


Hmm patut la orang-orang tua kita selalu sarankan makan kacip fatimah, herba manjakani dan sebagainya masa dalam pantang. Ada sebab sebenarnya.. tapi Huda lebih selesa amalkan makan herba alfafa. Function yang hampir sama dengan herba tradisional 😊


3. Masalah Sakit Belakang


Masalah sakit belakang ni akan berkurangan sekiranya kita menjaga kesihatan ketika berpantang. Bertungku dan bertanas ni bantu melancarkan peraliran darah. Tekanan pada bahagian punggung dan pinggang ketika meneran untuk bersalin ada kalanya berikan effect pada bahagian belakang kita. So kena pastikan kita ambil jumlah kalsium yang mencukupi setiap hari. Macam Huda, Huda suka tambahkan makanan sihat seperti kalsium, zinc, vitamin B dan omega 3 untuk bantu kurangkan keradangan saraf tubuh badan. 


4.  Masalah Perut Buncit


Masalah perut buncit ni quite normal bagi wanita yang baru lepas bersalin. Perlukan masa untuk kembalikan permukaan perut ke keadaan yang asal. Ada banyak sebab perut buncit ni terjadi. Antaranya, rahim kita masih mengembang. Urutan bertungku ni dapat bantu kecutkan rahim dan dengan teknik urutan yang betul dapat mengembalikan kedudukan rahim di tempat yang asal. Elakkan perut kita ni diberikan tekanan yang kuat ketika bangun dari tidur. Kena pastikan sebelum bangun dari tidur, kita bangun dalam keadaan mengiring. Teknik ni dapat cegah dasar perut kita ni  dari mengeras akibat bebanan tekanan secara mengejut.


5. Masalah Berat Badan


Masalah berat badan ni boleh jadi dalam 2 keadaan. Ada orang sebaik lepas bersalin, berat badan naik secara mendadak dan ada jugak yang baru lepas bersalin berat badan turun secara mendadak, macam Huda huhu. So untuk atasi masalah sebegini, ibu-ibu perlu bersabar. Nak kembali ke berat badan yang asal ni amik masa jugak. 


Macam Huda, Huda turun berat badan secara mendadak selepas giving fully breastfeed selama 6 bulan. Bila usia anak Huda masuk 7 bulan, berat badan Huda dah start turun. Now takut nak timbang huhu.. Time preggy je Huda dapat merasa berat badan ideal, sedih kan... huuuu.. But Huda still consistent untuk mengambil nutrient sihat untuk bantu maintain berat badan yang lebih seimbang. 


6. Masalah Saiz Payudara


Okay bagi ibu yang baru bersalin dan usia anak masih muda belum cecah usia 9 bulan, kebiasaannya saiz payudara kita ni besar sikit dari biasa. Itu menunjukkan badan kita memproses susu badan secara efektif. Rezeki namanya 😍 Tapi walau happy macam mana pun, kena sentiasa check bentuk payudara tau.. khuatir ada benjolan yang tidak diingini. Andai ada benjolan yang pelik dan nampak bentuk payudara yang agak pelik dari biasa, buat checkup kat hospital atau klnik kesihatan untuk pastikan tiada masalah serius. 


Ni penting sebagai salah satu langkah awal untuk elak kanser payudara. Huda suka amalkan makan susu soya berprotin tinggi untuk bantu mengawal pembentukan estrogen berlebihan dalam tubuh badan kita. Kandungan estrogen berlebihan dalam badan ni boleh mengundang pelbagai penyakit wanita yang menyebabkan kesihatan kita terjejas.


7. Badan Berangin


Hihi badan berangin ni quite command bagi wanita. Mana yang tak ada masalah angin dalam badan, syukur Alhamdulillah. Bukan apa angin terlalu banyak dalam badan ni boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit. Antaranya mudah rasa sengal-sengal badan. Kerapa alami masalah sakit sendi. Tak tahan sejuk dan mudah rasa kebas-kebas. 


So sebab tu ibu dalam pantang kena jaga kesihatan betul-betul. Pakai minyak panas atau berpantang secara tradisional ni boleh meningkatkan kesihatan badan kita. Pakai pakaian yang menghangatkan tubuh badan serta berstokin ni dapat hindar badan kita dari kesejukan dan bengkung adalah salah satu alat berpantang yang paling efektif. 


Pemakaian bengkung bukan saja bantu kembalikan bentuk tubuh yang asal malah bantu memudahkan pergerakan kita untuk berjalan. Pemakaian bengkung yang kerap selama berpantang ni sebenarnya dapat membantu meringankan tubuh badan kita dan mengelakkan badan kita terdedah dengan udara sejuk yang boleh membahayakan kesihatan ibu bersalin. 


Huda pun berpantang dengan memakai bengkung, stokin dan baju sejuk. Sambil tu ikat sanggul tinggi dan berpilis serta berparam jugak hihi. Walau selekeh, badan tetap rasa selesa, comfort dan kurang masalah sendawa yang kerap hihi. 


8. Masalah Cepat Letih


Ha ibu-ibu yang baru bersalin ni, jangan la terus buat kerja-kerja rumah dan cepat sangat buat aktiviti lasak. Sebabnya badan kita ni masih lemah. Belum pulih tenaga sepenuhnya. Walau boleh berjalan sedikit bukan bermakna badan kita ni sudah cukup kuat untuk buat semua tugasan rumah. Banyakkan berehat. Overload work boleh menjejaskan kesihatan ibu bersalin dan khuatir kepenatan yang melampau boleh mengganggu emosi menjadi kurang stabil. So pastikan berpantang betul-betul ye...


Oh ya masa dalam pantang, huda suka amik multivitamin untuk bantu kurangkan masalah badan cepat masuk angin, cepat letih dan kurang bertenaga. Sambil tu Huda amalkan makan nasi panas-panas supaya badan rasa selesa je. Minum air suam lagi bessstt..!!


9. Demam Dalam Pantang


Ha demam dalam pantang ni bahaya sebenarnya boleh jadi bentan kalau dibiarkan. Huda pernah demam masa pantang. Badan rasa seram sejuk, kurang bermaya nak bangun. Tak ada selera nak makan. Asyik nak tidur je hihi. Ingatkan kena denggi ke apa. Syukur Huda up dos vitamin C, demam yang Huda alami tu kebah keesokan harinya. Syukur demam sehari je huhu. Oh ya Huda pernah tanya dengan orang berpengalaman, bentan tu apa


Rupanya bentan tu ada kaitan dengan jangkitan kuman yang berpunca dari jangkitan jahitan lepas bersalin, bengkak susu atau ada masalah  pada bahagian peranakan. So make sure lepas bersalin, jaga kesihatan betul-betul dan pastikan badan kita ni bersih dari kuman. Pad make sure tukar sekerap yang mungkin. 


Ha untuk elak dari berlaku masalah sebegini dan berlarutan dalam tempoh yang lama, pastikan kita mengambil julat makanan yang seimbang. Lengkap dengan segala sumber mineral, protein dan vitamin. Badan kita ni perlukan nutrien yang cukup untuk hasilkan tenaga. Digalakkan mengambil supplement tambahan untuk tingkatkan kualiti kesihatan diri kita. Especially ibu-ibu yang baru lepas bersalin dan masih menyusukan bayi... lagi la perlukan vitamin tambahan untuk pastikan nutrient both baby and mummy ni mencukupi. 


Seandainya perlukan bantuan Huda untuk memilih vitamin yang sesuai buat ibu bersalin dan masih menyusukan bayi, boleh hubungi Huda di 018 207 6769 atau menerusi whatsapp di www.wasap.my/+60182076769. In Shaa Allah Huda boleh bantu memberikan perkhidmatan yang terbaik. Vitamin yang Huda syorkan ni bebas dari bahan kimia berbahaya, 100% semulajadi dan selamat untuk ibu dan bayi yang masih menyusu badan 😊


masalah selepas bersalin, masalah lepas bersalin, masalah selepas bersalin pembedahan, perubahan hormon selepas bersalin, perubahan faraj selepas bersalin, perubahan badan selepas bersalin, perubahan fizikal selepas bersalin, perubahan wanita selepas bersalin, vitamin untuk ibu selepas bersalin, vitamin untuk ibu berpantang, vitamin untuk ibu lepas bersalin, suplemen untuk ibu berpantang, ubat ibu dan anak, ubat ibu bersalin, ubat ibu berpantang, cara atasi masalah selepas bersalin, berpantang tradisional bantu ibu bersalin kembali bertenaga, berpantang tradisional vs moden, cara berpantang tradisional, rambut gugur selepas bersalin, perut buncit selepas bersalin, miss v longgar selepas bersalin, demam selepas bersalin, cepat letih selepas bersalin, turunkan berat badan selepas bersalin, kurangkan berat badan selepas bersalin, berat badan naik selepas bersalin, payudara berubah bentuk, payudara selepas pantang, payudara membesar,
Set vitamin lengkap Shaklee sesuai untuk ibu baru lepas bersalin berpantang dan menyusukan bayi


Jom Sihat Bersama


Huda Kamil
Perunding Vitamin Sihat
018 207 6769


No comments:

Powered by Blogger.