7 Masalah Breastfeeding Yang Biasanya Berlaku Di Kalangan Ibu Menyusukan Anak

Masalah breastfeeding ni ada kalanya dialami oleh ibu yang baru pertama kali menyusukan anak. Antara permasalahan yang dialami adalah seperti bengkak susu, susu tak keluar, kecederaan pada puting susu, air susu kerap meleleh, baby tidak puas menyusu, susu badan terlebih produce dan khuatir susu badan tidak cukup zat atau kurang vitamin penting.


Madela ada share 6 cara untuk mengatasi masalah breasdfeeding yang diperolehi dari pakar kejururawatan kanak-kanak, Cathy Garbin. So Huda up dengan lagi satu tips berkaitan dengan vitamin tambahan dari sumber makanan berzat dan bernutrisi tinggi membantu melancarkan lagi proses penyusuan bayi dengan lebih efektif. Semoga perkongsian dari 7 cara ni dapat membantu para ibu baru memulakan penyusuan pertama dengan cara yang selamat dan lebih sihat, In Shaa Allah. 


masalah breastfeeding, masalah pada ibu menyusu dan cara menyelesaikannya, cara mengatasi masalah ibu menyusu, masalah susu ibu tersumbat, masalah susu badan kering, masalah susu badan, masalah susu badan kurang, atasi masalah bengkak susu, cara mengatasi masalah bengkak susu, masalah tiada susu badan, masalah kekurangan susu badan, susu badan oversupply, booster susu badan, diet sihat untuk ibu menyusu, vitamin untuk ibu menyusu, masalah penyusuan susu ibu, masalah penyusuan bayi, masalah dalam penyusuan, cara atasi masalah breastfeeding, elak dari bengkak susu, tips kurangkan bengkak susu, tips tambahkan susu badan, punca susu badan kurang, tanda susu badan kurang, susu badan kurang semasa pantang, cara urut breast kurangkan masalah bengkak susu, tips cepat keluarkan air susu badan, areola pain after breastfeeding, breastfeeding problem solving,
Ibu menyusu pastinya dalam dilema bila mengalami 7 masalah breastfeeding ni tatkala menyusukan anak yang baru dilahirkan


7 Masalah Breastfeeding Yang Biasanya Berlaku Di Kalangan Ibu Menyusukan Anak



1. Masalah Cedera Puting Susu


Kecederaan ni boleh jadi crack, bleed atau blister pada permukaan puting susu. Benda macam ni boleh jadi bila baby kerap menyusu especially dalam tempoh seminggu selepas bersalin. So, ibu-ibu jangan panik bila tengok puting susu kita ni merekah, berdarah atau mngkin terdapat blister yang amat memedihkan. Just cuci bahagian yang tercedera tu dengan kain bersih dan elakkan baby menyusu di tempat yang terluka tu untuk sementara waktu. Selebihnya gunakan pump untuk elakkan bengkak dan berjumpa dengan pakar untuk lihat samada kesan tu okay atau pun tidak.  


2. Masalah Baby Tidak Puas Menyusu


Macam baby pramatang biasanya tak pandai nak cari position menyusu dengan betul. Sometime baby pramatang ni confuse tak tahu macam mana nak hisap susu secara direct. So slowly kita kena ajar baby perkenalkan susu kita dan bantu baby ntuk menghisap susu dengan betul sehinggalah baby berasa selesa dan pandai menyusu sendiri tanpa bantuan kita. So untuk masalah ni, ibu-ibu boleh daparkan nasihat dari nurse bertauliah ataupun doktor untuk mendapatkan cara penyusuan yang lebih tepat.


3. Masalah Susu Badan Kurang


Biasanya ibu yang baru nak mulakan penyusuan pertama ada kalanya mengalami masalah kurang susu badan atau susu ibu tersumbat. So ibu-ibu jangan bimbang dan jangan berputus asa. Andai gagal keluarkan susu secara direct breastfeed, boleh try gunakan kaedah urutan atau massage pada bahagian payudara untuk lancarkan pergerakan darah dan menggalakkan penghasilan susu badan. Another way, pump setiap sejam untuk galakkan pembukaan saluran susu di sekeliling areola. Sometime ada saluran yang tersumbat menyebabkan susu tak boleh keluar. Bila ada tekanan, In Shaa allah susu mudah dihasilkan or else dapatkan nasihat pakar untuk check kesihatan payudara kita.


4. Masalah Bengkak Susu


Masalah bengkak susu atau bahagian payudara mengeras ni boleh terjadi bila susu badan kita hasilkan terlalu banyak susu. Andai dibiarkan tanpa di pump atau baby tak minum susu badan pada waktu tu, payudara kita boleh jadi bengkak, mengeras dan sakit. So untuk kurangkan kesakitan tu boleh guna cara tuam dengan gunakan air panas untuk lancarkan darah dan buat urutan pada sekeliling payudara kita gunakan sikat yang tumpul. Urut dengan sikat dari atas ke bawah sehingga semua bahagian payudara kita tu menghala ke arah areola kita. Secara beransur-ansur gunakan pump atau direct breastfeed untuk lancarkan pengeluaran susu yang membengkak tu.


5. Masalah Susu Badan Tak Henti Meleleh


Susu meleleh tanpa henti ni boleh terjadi bila susu kita terlalu banyak dihasilkan atau sebaik baby baru lepas menyusu badan. So don't worry ibu-ibu 😊 Gunakan breast pad atau pump lebihan susu untuk elakkan baju kita nampak kesan basah. Seeloknya jangan biarkan susu kita ni dibazirkan tau. Simpan dan berikan anak kita minum dengan gunakan botol susu atau cawan jika perlu.


6. Masalah Susu Badan Oversupply


Macam mana nak tahu susu kita ni terlalu banyak dihasilkan? First, kita rasa breast kita ni bengkak dan dada rasa sakit. Second, air susu asyik meleleh je.. Third, bila anak kita menyusu kerap tersedak. Ha ni tanda-tanda susu kita over produce. Alhamdulillah Allah kurniakan susu badan yang melebihi dari keperluan baby kita pada hari ini dan mungkin akan berlarutan selama seminggu hihi.


So don't panic moms!! Just pump dan buatkan stok susu dalam fridge kita. So tak adalah istilah membazir kat sini hihi. Oh ya bila kita tengok anak kita tersedak tu, hentikan penyusuan dan bantu anak kita untuk bertenang. Terlungkupkan anak kita dan usap perlahan-lahan pada bahagian belakang badan anak kita tu. Cara ni dapat bantu baby kita muntahkan balik susu yang tak mampu untuk ditelan dan elakkan risiko sukar bernafas akibat tersedak susu.


7. Diet Ibu Menyusu


Ha macam mana nak dapatkan sumber makanan bernutrisi tinggi untuk diet harian ibu menyusu? Senang je.. ambillah supplement atau tambahan vitamin untuk ibu menyusu setiap hari. Instead of taking daily meals, kena ambil juga nutrient dari kekacang, badam, soya, kismis untuk kuatkan imunisasi kita dan bantu penghasilan otak bayi yang lebih cerdas. Acane tu? Bila kita menyusu badan, secara tak langsung segala zat nutrient yang kita ambil, akan masuk dalam badan baby. So baby akan dapat zat yang sama malah dapat prebiotic semulajadi untuk bantu tingkatkan lagi ketahanan badan baby.


Diet ibu menyusu ni sangat penting untuk membantu tumbesaran bayi dan bantu kuatkan antibodi ibu menyusu jugak tau. Ibu pun perlukan tenaga untuk hasilkan susu badan yang cukup buat baby kita. So dalam diet harian kenalah seimbang. Ada protein, vitamin, mineral, kalsium, fiber dan asid-asid nutrient penting untuk melengkapkan kesihatan tubuh badan. Nak lebih mudah, boleh try set vitamin khusus untuk ibu menyusu. Set vitamin ni lengkap dengan semua nutrient yang diperlukan bagi setiap wanita yang bergelar ibu.


Semoga dengan adanya perkongsian diet sihat, disamping amalkan cara hidup yang lebih sihat ni, ibu-ibu digalakkan untuk banyakkan membaca hal ehwal permasalahan ibu dan anak. Ha ilmu ni kita akan dapat banyak melalui pembacaan tak kisah la dari majalah ke.. dari buku-buku ilmiah ke.. atau menerusi laman sesawang. Semuanya ada depan mata kita. So berubah ke arah hidup yang lebih sihat akan menjamin kesejahteraan hidup kita sekeluarga, In Shaa Allah.


Pendek kata sihat dalaman sihatlah luaran.
Amalkan pemakanan yang sihat dan jalani kehidupan yang cergas
In Shaa Allah proses penyusuan yang diidamkan dalam tempoh 2 tahun tu akan tercapai


Salam Sayang..


Huda Kamil
Perunding Vitamin Sihat
018 207 6769
www.wasap.my/+60182076769


No comments:

Powered by Blogger.