Bolehkah Wanita Yang Mengalami Uterine Fibroid Meneruskan Kehamilan Dan Mengekalkan Kesuburan Rahim?

Persoalannya, wanita mengalami uterine fibroid ni boleh hamil dan mengekalkan kesuburan rahim ke? Apa yang kita tahu 20% hingga ke 80% wanita akan mengalami uterine fibroid pada usia 50 tahun. 30% bagi wanita berusia 25 dan 44 tahun. Ini bermakna agak common bagi wanita mengalami uterine fibroid pada saat-saat kritis nak melahirkan baby.


Kalau ikut pada kajian, hanya 10% hingga 30% wanita yang mengalami kesakitan akibat dari komplikasi fibroid ketika hamil, iaitu bila fibroid tu membesar melebihi 5cm pada saat last two trimesters. Selebihnya tidak menunjukkan sebarang implikasi dengan kehadiran fibriod ni.


tips kecutkan fibroid, masalah fibroid dan cyst, mengatasi masalah fibroid, tanda masalah fibroid, punca masalah fibroid, cara mengatasi masalah fibroid, cara rawatan masalah fibroid, kehamilan berisiko tinggi, pregnancy with fibroid, pregnancy with fibroid and bleeding, pregnancy with fibroid tumor, pregnancy with fibroid symptoms, possible to get fibroid after childbirth, uterine fibroid symptoms, uterine fibroid in pregnancy, uterine fibroid treatment, implikasi fibroid ketika hamil, mampukah kesuburan itu dikekalkan jika mengalami fibroid, mampukah wanita meneruskan kehamilan jika fibroid semakin membesar, saiz fibroid yang bahaya, saiz fibroid normal, kesan fibroid semasa mengandung, kesan fibroid dan cyst, kesan fibroid pada wanita, kesan fibroid ketika hamil, kesan fibroid ketika mengandung, kesan fibroid ketika haid, kesan fibroid pada kesihatan, kesan pembedahan fibroid, cara kecutkan fibroid,
Kebanyakan wanita yang mengalami uterine fibroid menganggap kehamilan mungkin beri risiko yang membahayakan nyawa bayi yang bakal dilahirkan. Ibu dalam dilema sama ada ingin meneruskan kehamilan atau sebaliknya!


Adakah Uterine Fibroid Akan Mengganggu Kehamilan Dan Kesuburan Wanita?



Komplikasi fibroid bersaiz besar ni mungkin akan timbul. Risiko yang mungkin dialami bagi wanita hamil adalah:


1. Janin Tidak Membesar

Ruang rahim yang agak sempit boleh menyebabkan fetus atau baby ni sukar nak membesar.


2. Placenta Terpisah 

Bila keadaan placenta yang terpisah dari dinding uterine ni, automatically fetus tidak dapat bekalan nutrien dan oksigen yang cukup.


3. Kelahiran Pramatang

Kesakitan yang dialami akibat fibroid yang semakin membesar ni, menyebabkan berlakunya contraction, ni jelas akan menunjukkan kelahiran akan berlaku lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin.


4. Bersalin Secara Pembedahan Czer

Sumber dari Woman Health Government, kadar wanita mengalami fibroid bersalin secara czer adalah enam kali lebih tinggi berbanding wanita normal.


5. Kedudukan Bayi Songsang

Disebabkan oleh permukaan cavity yang abnormal, kepala bayi sukar untuk berpusing ke arah pangkal rahim secara normal. Ada kemungkinan mungkin pinggul atau kaki yang akan keluar dahulu. Kedudukan sebegini agak berisiko pada bayi.


6. Keguguran

Berdasarkan pada kajian yang dijalankan bagi wanita mengalami fibroid, kadar keguguran adalah dua kali lebih tinggi berbanding wanita normal.


Tumbesaran fibroid ni berlaku disebabkan oleh kehadiran estrogen. Kandungan estrogen ni pulak biasanya akan meningkat mengikut pada usia kehamilan. Berita baiknya, daripada sumber kajian yang dibuat, saiz fibroid ni boleh mengecut semasa hamil dan dari kajian ni jugak didapati 79% daripada wanita yang mengalami fibroid seawal sebelum kehamilan mula menunjukkan pengecutan saiz fibroid selepas melahirkan baby.


Symptom Mengalami Fibroid



Maybe sesetengah dari wanita akan mengalami symptom akibat dari masalah fibroid ni. So, macam mana nak tahu kewujudan symptom ni? Jom scroll ↡


  • Heavy period atau sakit yang teramat bila kedatangan period
  • Berlaku pendarahan selepas tempoh period
  • Mengalami anemia disebabkan pendarahan yang terlalu banyak atau terlalu lama
  • Rasa sakit semasa bersetubuh dengan pasangan
  • Low back pain
  • Sembelit
  • Reproductive issues seperti masalah kesuburan, keguguran dan kelahiran pramatang
  • Kerap buang air kecil
  • Masalah Pelawasan


Untuk kenalpasti samada symptom yang dialami benar-benar fibroid atau mungkin penyakit lain, disarankan untuk buat pelvic exam menerusi ultrasound. Ni sebagai langkah awal sebelum menjadi lebih parah.


Kaedah Rawatan



Sewaktu kehamilan tiada rawatan khusus untuk mengecutkan atau membuang fibroid kerana khuatir akan membahayakan janin atau bayi yang ada dalam rahim ibu. So apa yang boleh disarankan oleh pakar perubatan adalah:


1. Dapatkan rehat yang cukup - bed rest

2. Minum air untuk pastikan badan sentiasa hydration

3. Mild pain reliever mungkin akan diberikan untuk kurangkan kesakitan


Selebihnya, walaupun uterine fibroid ni boleh beri kesan pada kesuburan, ianya boleh beri implikasi pada kehamilan jugak. Tapi jangan risau dengan kaedah rawatan moden sekarang, ramai wanita dapat meneruskan kehamilan dan mengekalkan kesuburan rahim tanpa sebarang komplikasi disebabkan tumor ni.


Andai you all ada fibroid dan berusaha untuk membina keluarga yang lebih besar, dari sekarang dapatkan treatment yang sesuai dan berjumpalah dengan doktor pakar untuk dapatkan nasihat bagi membolehkan kehamilan tu diteruskan untuk jangka panjang.


Seterusnya ubah gaya hidup yang lebih sihat, maintain healthy weight, In Shaa Allah dapat membantu mengurangkan risiko fibroid ni. Jangan lupa jaga pemakanan dan exercise selalu. Barulah okayyy 😍


Salam Sayang Dari
Huda Kamil
Perunding Vitamin Sihat

    

No comments:

Powered by Blogger.