12 Tips Pemeriksaan Kesihatan Bagi Pasangan Suami Isteri Untuk Elak Derita Sakit Sepanjang Hidup

Bagi pasangan suami isteri amat penting untuk memastikan pemeriksaan kesihatan dilakukan mengikut jadual rutin yang dicadangkan oleh pakar. Sometime kita ni terlalu ambil mudah soal kesihatan. Tiada kepentingan nak buat medical checkup kerana rasa diri kita ni dah sihat sebab tak ada penyakit. Ha ni la kesilapan kita. Sepatutnya rutin medical and health checkup ni kena buat setiap tahun untuk elak derita sakit berbahaya sepanjang hidup. 


Sayang nyawa dan sayangkan ksihatan, have to go for routine checkup. Yes faham sangattt... Ada orang takut bila dapat tahu penyakit yang dihadapi selepas menjalani pemeriksaan. Namun lebih takut dan boleh dikatakan terlambat bila dah sakit baru nak cegah huhu.


pemeriksaan kesihatan berkala, pemeriksaan kesihatan penuh, pemeriksaan kesihatan wanita, pemeriksaan kesihatan lelaki, cara cegah kanser, cara cegah kencing manis, cara cegah sakit jantung, langkah awal untuk diet, langkah awal serangan jantung, langkah awal mengatasi stroke ringan, langakah awal mengatasi sesak nafas, checkup should not miss, checkup kesihatan, medical checkup, tips cegah kolestrol, tips cegah kanser, pemantauan diabetes, cegah sebelum parah, cegah darah tinggi, rawatan awal sakit jantung, cegah diabetes, cegah darah rendah, rawatan untuk suami, ubat untuk suami isteri, cara menjaga kesihatan diri, cara menjaga kesihatan jantung, cara menjaga kesihatan pankreas, cara menjaga kesihatan gigi,  pemeriksaan kesihatan umum meliputi, rawatan buasir, pemeriksaan kesihatan yang disyorkan, cegah kanser rahim, cegah kanser usus, cegah kanser ovari, cegah kanser serviks, cegah kanser payudara,
Kenal pasti pemeriksaan kesihatan yang perlu dijalani sebagai langkah awal untuk elak menanggung kesakitan kronik di kemudian hari


12 Tips Pemeriksaan Kesihatan Untuk Elak Derita Sakit Sepanjang Hidup Bagi Pasangan Suami Isteri



Ada 12 jenis pemeriksaan yang mesti diambil berat bagi semua pasangan. Tak kira lelaki dan wanita. Hmm nak tahu lebih lanjut, jom scroll ke bawah ⇣


1. Pemeriksaan Fizikal


Normally, hampir setiap tahun orang pergi buat medical checkup untuk check kesihatan fizikal. Actually, kekerapan untuk jalani pemeriksaan fizikal ni bergantung pada faktor umur, kesihatan umum dan berisiko untuk menghadapi masalah kesihatan. Secara lazimnya, doktor akan lihat pada kesihatan jantung, paru-paru, berat dan membuat analisa untuk melihat tanda-tanda penting bagi tahap kesihatan kita.


2. Pemeriksaan Berat dan Tinggi (BMI)


Pemeriksaan body mass index atau BMI ni penting untuk elak dari mendapat penyakit berisiko seperti sakit jantung, diabetes type 2 atau beberapa kemungkinan untuk mendapat cancer. So dari measurement berat dan tinggi ni, dapat la doktor ni kenalpasti sama ada BMI kita ni berada pada tahap normal, rendah atau berbahaya.


3. Pemeriksaan Tekanan Darah


Nampak simple tapi tanpa rawatan yang khusus boleh membahayakan nyawa kita andai tiada pemantauan blood pressure dilakukan. Tekanan darah yang terlalu tinggi ni boleh menjejaskan saluran pembuluh darah dan boleh mengakibatkan strok atau serangan jantung secara mengejut. Bacaan tekanan darah terlalu tinggi antara 130/80 dan lebih dari tu. Disarankan untuk jalani pemeriksaan tekanan darah ni setiap 2 tahun.


4. Pemeriksaan Kolestrol


Pemeriksaan kolestrol ni penting untuk check kuantiti lemak dalam darah. High cholesterol boleh mengundang penyakit jantung dan stroke jugak tau. Setiap 4 hingga 6 tahun kita kena buat pemeriksaan. Lebih-lebih lagi bila usia kita sudah melebihi umur 20 tahun. Golongan berisiko seperti ni lagilah kena buat cholesterol checkup sekerap yang mungkin. Siapa golongan ni?

  • Mereka yang ada family history penyakit jantung dan berkolestrol tinggi
  • Diabetes - kencing manis
  • Personal history, ada rekod high cholesterol


5. Pemeriksaan Kanser Kolorektal


Ha part ni ada yang segan, malu dan rasa kurang penting untuk diperiksa. Walhal masalah dalaman melibatkan usus besar ni perlu diperiksa melalui colorectal cancer screening untuk make sure colon dan rectum kita sihat serta bebas kanser. So, seawal usia 50 tahun amat digalakkan untuk buat pemeriksaan ni.


6. Pemeriksaan Gula Dalam Darah


Blood sugar test salah satu cara untuk kita tahu sama ada sugar level kita ni ada risiko high blood sugar atau tidak. Ha ni pencegahan awal untuk elak alami penyakit kencing manis. Sebenarnya, bila umur dah masuk usia 40 tahun dah kena mula ambil precaution. Jaga pemakanan dan buat pemeriksaan macam ni tau. Jangan tunggu sampai dah sakit baru nak buat pemeriksaan. Mereka yang overweight, high cholesterol, ada darah tinggi dan potensi untuk alami kencing manis ni lagi la kena buat test gula dalam darah cepat-cepat.


7. Pemeriksaan Kulit 


Ha kita ni jarang nak buat skin check kan. Bila kulit dah timbul masalah jeragat, bintik-bintik hitam dah mula ketara dan timbul tompok-tompok hitam, baru terpanggil nak buat skin care treatment, macam Huda hihi.. Rupanya kena buat pemeriksaan ni sebulan sekali. Huda pun tak tahu perubahan kulit ni boleh jadi symptom kanser kulit jugak. Sebagai langkah pencegahan, digalakkan buat skin check ni. 


8. Pemeriksaan Tulang


Semua tahu kan kekuatan tulang ni bergantung pada usia kita jugak. Andai kita ni masih muda, pandai jaga kesihatan tulang, sudah pasti tulang kita ni kuat. Tapi tulang kita ni akan jadi semakin menipis dan lemah bila usia kita makin meningkat. Ha masa peringkat ni kena la buat pemeriksaan bone density untuk elak masalah pereputan tulang atau osteoporosis mudah berlaku. Bagi wanita disarankan buat pemeriksaan tulang sebelum mencecah umur 65 tahun manakala lelaki sebelum masuk usia 70 tahun. Lagi awal kita buat pemeriksaan, lagi mudah untuk kenal pasti tahap kesihatan tulang.


9. Pemeriksaan Payudara


Mammogram ni sejenis pemeriksaan yang menggunakan x-ray nak tengok perubahan pada breast kita. Pendek kata masuk usia 40 tahun dah kena start ambil berat soal kesihatan. Buat rawatan awal untuk elak sebarang masalah yang berlaku pada dada kita di kemudian hari.


10. Pemeriksaan Serviks


Bagi kaum wanita amat digalakkan buat cervical cancer screening seawal usia 20 tahun. Bila kita buat pada usia yang masih muda, bertambah mudah untuk lihat sebarang perubahan sel pada bahagian serviks. Pap smear test ni antara kaedah rawatan yang dijalankan di Klinik Kesihatan Malaysia dan disarankan untuk buat pemeriksaan ni 2 tahun sekali bagi mengesan kehadiran kanser serviks di peringkat awal.


11.  Pemeriksaan Prostat


Bagi kaum lelaki amat disarankan untuk buat pemeriksaan prostat atau prostate exam. Jangan ambil mudah risiko kanser prostat ni tau. Kalau di US prostate cancer ni jatuh kedudukan nombor dua dalam carta kematian. Kat Malaysia pulak jatuh pada kedudukan nombor empat selepas serangan jantung, kencing manis dan darah tinggi. So prostate exam ni sebagai satu lengkah untuk mencegah kehadiran kanser di peringkat awal. Sebaiknya pada usia 40 dan 45 tahun dah kena ada kesedaran untuk jalani pemeriksaan prostat ni.


12. Pemeriksaan Gigi


Gigi kita ni kena sentiasa diberus dan guna floss setiap hari. Untuk penjagaan yang lebih menyeluruh, sila lah buat dental checkup di klinik gigi untuk cegah kehadiran kraviti, penyakit gusi dan masalah lain yang mungkin timbul dalam mulut kita. Kalau ikut saranan doktor-doktor gigi, pemeriksaan dilakukan 2 kali setahun untuk pastikan gigi dan mulut kita bersih bebas dari masalah mulut berbau.


Jadi kesimpulannya, tahap kesihatan kita ni kita boleh kawal jika kita rajin jalani pemeriksaan mengikut jadual seperti yang disarankan oleh doktor-doktor pakar bagi mengelakkan masalah kesihatan bertambah serius dalam jangka panjang.


Sambil jalani pemeriksaan dan buat rawatan awal, pemakanan seimbang pun nak kena jaga. Apa yang kita makan semuanya akan masuk dalam darah kita. Jika makanan yang masuk dalam badan kita adalah makanan yang sihat, maka sihatlah badan kita, In Shaa Allah.


Sambil-sambil tu nak jadikan kulit bertambah sihat dan cantik, rajinkan diri buat senaman. Bila badan kita berpeluh, secara tak langsung kotoran yang melekat pada liang-liang pori akan keluar dan rembesan minyak berlebihan dari kulit pun akan terungkai sekali. Kulit pun dapat bernafas dengan lebih segar 😊


Seronokkan kalau kita pilih untuk hidup sihat dan bebas dari penyakit yang membawa kepada penderitaan seumur hidup. Pasangan suami isteri yang romantik adalah pasangan yang saling menjaga kesihatan diri dan keluarga dengan penuh kasih sayang.


Keep Yourself Healthy
Always Be Happy


No comments:

Powered by Blogger.