Kesan Jerebu Pada Kesihatan Ibu Dan Anak
Fenomena jerebu ni sebenarnya bawa kesan pada kesihatan kita termasuklah ibu ayah dan anak-anak kita. Dalam jerebu ni sendiri berkumpul segala jenis asap, debu dan lembapan yang dibebaskan ke udara. Paling membimbangkan bila punca jerebu tu datangnya dari pembakaran hutan dan mengambil masa yang agak lama untuk dipadamkan. Kita yang berada berdekatan, pasti terkena jugak tempiasnya. Betul tak?
![]() |
Implikasi jerebu pada kesihatan ibu dan anak |
Baru-baru ni kita dikejutkan dengan kematian seorang bayi berusia 4 bulan di Sumatera, Indonesia akibat menghidu udara yang tidak sihat kesan dari aktiviti pembakaran hutan. Musim jerebu ni biasanya akan berlaku antara bulan May hingga October di mana aktiviti pembersihan hutan untuk pertanian galak dijalankan di sesebuah negara.
Tanda-tanda Kesihatan Terjejas Akibat Jerebu
- Sakit mata
- Hidung berair
- Radang paru-paru
- Sakit tekak
Kebiasaannya, sakit mata ni kita boleh tengok keliling anak mata kita berair dan kemerah-merahan. Sama jugak la dengan hidung kita. Kerap bersin dan selsema. Timbul rasa tidak selesa pada bahagian anak tekak. Bila tahap pencemaran atau kualiti udara semakin tidak sihat dengan rekod bacaan semakin meninggi, beransur-ansur rasa kesukaran untuk bernafas dan kerap batuk.
Semakin lama kita rasa kesihatan kita semakin teruk bila dah mula rasa sakit kepala, pening dan cepat letih. Imuniti badan turut berkurangan akibat dari jangkitan pada paru-paru, cirit-birit, stress dan keletihan melampau.
Kesimpulannya, golongan yang mengalami penyakit kronik seperti asthma dan jantung, keadaan kesihatan mereka lagi parah akibat dari masalah jerebu ni.
Macam Mana Nak Jaga Tahap Kesihatan Bila Jerebu Melanda?
- Elakkan buat aktiviti luar
- Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari
- Pakai baju nipis, material cotton yang boleh bebaskan haba
- Galakkan anak-anak pakai mask untuk elak sebarang jangkitan pada saluran pernafasan
Semoga tips-tips ni dapat membantu ibu bapa dan anak-anak kita dari terdedah dengan pencemaran udara atau haze yang lebih teruk. Kesihatan anak-anak dan ibu ayah yang sudah uzur ni memerlukan perhatian kesihatan yang lebih terperinci. Ambil inisiatif untuk dapatkan rawatan pakar sekiranya kesihatan dalam tahap yang serius.
Let's think about our health
To stay healthy
Huda Kamil
Perunding Vitamin Sihat
No comments: