7 Tips Menangani Stress Selepas Bersalin

Selepas bersalin, lazimnya seorang ibu itu tahu untuk menangani stress dripada berlarutan. Punca terdedahnya pada stress ni melibatkan pada pelbagai jenis faktor dalaman. Antaranya, masalah yang melibatkan kewangan, urusan rumah tangga, pembahagian tugasan antara pasangan serta menangani keletah dan perangai anak-anak yang pelbagai ragam ni ada kalanya memberikan kesan emosi pada ibu yang baru lepas bersalin.


Sebagai pasangan atau ketua rumah tangga yang bijak, urusan kerja rumah itu akan dibahagikan sama rata. Di mana seorang suami itu akan mengambil alih tugasan di rumah seperti memasak, membasuh baju dan menguruskan anak-anak sementara si isteri masih berada dalam pantang. Ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan tugasan seorang isteri dan ibu pada anak-anak.


tips untuk menangani stress ketika berpantang, cara hilangkan stress isteri, cara hilangkan stress suami, cara hilangkan stress dengan cepat, tips hilangkan stress, tips berkesan hilangkan stress, tips hilangkan stress cara islam, macam mana nak elak stress, cara untuk elakkan stress, stress relief tips for confinement mother, stress ketika berpantang, bahaya stress berkepanjangan, bahaya stress bagi kesihatan, tips bahagiakan diri sendiri, tips bahagiakan pasangan, tips bahagiakan rumah tangga, komunikasi berkesan dalam keluarga, komunikasi berkesan hubungan interpersonal, aktiviti untuk hilangkan stress, aktiviti untuk hilangkan bosan, cara elak kemurungan, cara elakkan meroyan, cara kawal emosi, cara kawal stress, tips untuk ibu dalam pantang, tips untuk ibu berpantang, cara elak pendam perasaan, cara bangkitkan semangat, cara bangkit dari kekecewaan, cara hiburkan diri sendiri,
Hidup semakin ceria andai kita tahu untuk tangani stress dengan lebih bijak


7 Tips Menangani Stress Selepas Bersalin



1. Emosi


Kesan emosi ni kena dijaga sebaik mungkin. Pendek kata, fikirkan perkara-perkara yang indah walaupun kelihatan pahit bila berada di depan mata. Cari jalan penyelesaian dengan memberikan idea-idea yang bernas bagi menyelesaikan masalah untuk sementara waktu. Andai kesan emosi itu terpalit akibat dari sumber kewangan yang terhad atau menghimpit, fikirkan strategi atau cara yang dapat meringankan otak dari terus berfikir sehingga membawa kesan pada emosi kita sendiri. Kawal cara pemikiran ni sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk berfikir secara realistik dan lebih matang dalam mencari jalan penyelesaian dan mengelakkan mengambil keputusan yang terburu-buru.


2. Semangat


Semangat untuk teruskan kehidupan dan semangat untuk terus berusaha demi masa depan anak-anak ini sebenarnya kunci kepada kekuatan untuk bangkit semula. Aura positif akan ubah cara pemikiran dan secara tak langsung beri semangat untuk terus cekal harung kehidupan. Ibu yang baru lepas bersalin atau masih dalam pantang ni, amat digalakkan untuk membaca buku-buku motivasi, buku-buku yang memberikan inspirasi serta aura yang lebih positif. 


Ini penting untuk kembalikan semangat dan elakkan kemurungan berpanjangan In Shaa Allah dan of course jangan lupa berzikir dan berdoa. Walau kita tidak boleh bersolat, masih boleh untuk berzikir dan berdoa buatkan jiwa kita tidak mati malah lebih tenang dan lebih lapang.


3. Komunikasi


Komunikasi yang telus antara suami isteri ni sebenarnya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Jadikan komunikasi sebagai satu alat untuk menghubungkan rasa antara dua jiwa. Bila dua jiwa bersatu, barulah harmoni rumah tangga. Cheeewahhh...!! Yes, bukan mudah untuk berkomunikasi secara terang-terangan tapi andai masalah itu terus dibendung tanpa diceritakan, khuatir akan berlarutan dan si isteri yang baru lepas bersalin ni akan lebih memendam rasa seterusnya melepaskan segala amarah pada anak-anak. Kesian anak-anak bila menjadi mangsa keadaan.


4. Sabar


Kita ni sebagai orang Islam, kena banyak bersabar. Sabar itu senjata orang mukmin. Lagi banyak kita bersabar dan berfikir secara positif sebenarnya bantu untuk kuatkan jati diri dan pegangan hidup kita. Antaranya, kita mampu untuk menjawab kenapa kita kena teruskan kehidupan? Kita hidup untuk apa? Apa bekalan yang kita nak bawa diakhirat nanti? In Shaa Allah jawapan kita tu akan jadi satu doa dan akan dipermudahkan.


5. Berdoa


Yakin dengan pegangan kalimah "Laailaahaillallah" yakni Tiada Tuhan Melainkan Allah. Berdoa dengan yakin bahawasanya Allah lah sebagai pemegang hati manusia. Minta dan berdoa pada Allah tidak kira siang atau malam, tidak kira susah atau senang dan percaya doa kita pasti dimakbulkan satu hari nanti pada masa dan keadaan yang tepat, In Shaa Allah.


6. Pemakanan


Pemakanan yang sihat dengan nutrien yang seimbang dapat bantu minda untuk berfikir dengan lebih cergas dan sekaligus dapat hindari anasir-anasir negatif. Bila hormon badan kita ni berubah dengan sel-sel badan banyak yang kurang, ni boleh menjadikan kita mudah stress dan tertekan.


Kalau boleh ambillah nutrien tambahan seperti vitamin atau supplement untuk support penghasilan tenaga yang lebih baik.


7. Beriadah


Beriadah ni ada banyak jenis. Pendek kata ambil mood untuk happykan diri sendiri dengan bersenam, beriadah bersama keluarga atau buat aktiviti yang berfaedah pada masa terluang.


Kita ni manusia biasa. Perlukan perhatian dan perlukan aktiviti yang dapat menggembirakan hati kita. Ada orang suka hilangkan stress dengan berlari, berjogging atau menunggang basikal. Ada orang suka berjalan sekeliling taman perumahan.


Tak kisahlah aktiviti macam mana pun kita nak buat janji luangkan masa untuk hirup udara segar di awal pagi. Fresh air ni bantu release kan segala tension yang ada tau.


Semoga perkongsian 7 tips ni akan membantu para ibu yang pernah mengalami stress selepas bersalin dapat menangani stress dengan cara yang lebih kepada bermuhasabah diri dan melihat pada keindahan bukannya kekurangan, In Shaa Allah. Bersama kita elakkan diri dari kemurungan atau menyelesaikan sesuatu masalah secara bersendirian.


Berkomunikasilah dengan pasangan dan mendengar luahan pasangan dengan penuh keikhlasan agar hidup berumah tangga lebih aman dan lebih harmoni dengan Izin-Nya, Aamiiin.


Sharing with Love,
Because of You Are Special and Beautiful

No comments:

Powered by Blogger.