8 Tanda Penyakit G6PD Yang Perlu Ibu Bapa Tahu Untuk Mengelakkan Kesihatan Bayi Bertambah Teruk

Ibu bapa perlu tahu 8 tanda penyakit G6PD dan cara terbaik untuk mengelakkan kesihatan bayi bertambah teruk. Sekadar perhatikan tanda memang tak cukup. Sebab itu kena dielakkan juga bahan-bahan yang menyebabkan alahan pada bayi kekurangan enzim g6pd ni. 


G6PD atau Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase adalah suatu enzim yang ada dalam sel darah merah manusia. G6PD ni bertindak untuk melindungi sel darah merah daripada pecah atau lebih dikenali sebagai hemolisis bila terdedah kepada jangkitan, makanan atau ubat-ubatan tertentu.


apa yang tidak boleh dilakukan ketika menyusukan bayi, alahan bayi g6pd, g6pd deficiency symptoms, g6pd deficiency drugs to avoid, g6pd diet, g6pd treatment, parenting tips for newborns, parenting tips for new parents, parenting tips for parent, the best cure for g6pd deficiency, the best cure for g6pd baby, how to take care of g6pd baby, susah ke bayi g6pd, cara penjagaan bayi g6pd, cara merawat kuning bayi g6pd, cara berpantang terbaik untuk bayi g6pd, apa yang perlu dielakkan dari bayi g6pd, cara untuk mengawal bayi g6pd dari risiko anemia, baby anemia causes, cara elak bayi kena anemia akibat g6pd, tips penjagaan bayi g6pd, ubat sensitif untuk bayi g6pd, ubat berisiko untuk bayi g6pd, apa yang tidak boleh dihidu bayi g6pd,
Cara untuk mengenal tanda penyakit G6PD


G6PD Deficiency ini hanya dapat dikenalpasti selepas pemeriksaan darah dilakukan di makmal. Sebab tu by the time doctor ambil darah, parent tak boleh tengok. Ye la siapa yang sampai hati nak tengok baby yang baru lahir ni diambil darah dari pusat. Huhu hanya baby yang tahu sakitnya macam mana.


So, bila result menunjukkan sel darah merah ni banyak yang pecah atau disebut sebagai hemolisis berlebihan, ini akan akibatkan bayi mengalami jaundis tinggi dengan sangat cepat. But don't worry parents, perkembangan dan tumbesaran baby anda tidak terjejas. Hanya warisan kekurangan enzim G6PD ni saje yang akan kekal hingga akhir hayat. 


Emmm sebab itulah parents atau ibu bapa sekalian kena ambil tahu 8 tanda penyakit G6PD ni supaya dapat dielakkan kesihatan bayi dari bertambah teruk dan pada masa yang sama, tidak mudah panik bila terjadi sesuatu dan tindakan pantas boleh diambil untuk membawa bayi ke unit rawatan kecemasan dengan segera. 


8 Tanda Penyakit G6PD



Tanda kekurangan darah boleh dikenalpasti apabila keadaan seperti ini berlaku:
  • Muka kelihatan pucat
  • Badan tidak bermaya, nampak keletihan
  • Pening
  • Degupan jantung sangat laju
  • Sukar nak bernafas
  • Alami sakit dada


Tanda seperti ini pula menunjukkan hemolisis sedang berlaku:
  • Jaundis iaitu kekuningan yang boleh dilihat pada mata putih atau kulit
  • Warna air kencing seperti teh O


So, 8 tanda ni sangat penting untuk ibubapa tahu bahawasanya anak anda mengalami gangguan kesihatan akibat daripada penyakit G6PD.


Kaedah Rawatan G6PD Deficiency

  • Darah bayi diambil mengikut kekerapan yang ditetapkan untuk pengawasan paras kuning atau kepucatannya
  • Menggunakan lampu fototerapi untuk merawat penyakit kuning 
  • Memasukkan darah jika terlalu pucat


Bagi menegelakkan penyakit G6PD ni bertambah serius, ibu bapa perlu ambil perhatian untuk jauhkan ubatan yang mempercepatkan sel darah merah pecah terlalu banyak.


Ubat-ubatan yang Perlu Dielakkan



1. Ubat Merawat Malaria

  • Choroquine
  • Hydroxychloroquine
  • Primaquine
  • Quinine
  • Mepacrine atau Quinacrine


2. Ubat Penahan Sakit

  • Acetylsalicyclic atau Aspirin
  • Phenacetin atau Acetophenetidin
  • Aminopyrine atau Amidopyrine


3. Ubat Antibiotik

  • Chloramphenicol
  • Cotrimoxazole atau Bactrim
  • Flurazolidine
  • Nalidixic Acid
  • Nitrofurazone
  • Para-aminosalicyclic Acid
  • Ubat-ubatan berasaskan Sulfur
  • Sulfapyridine
  • Sulfasalazine


Selain dari ubat-ubatan, ibu bapa kena jugak yea elakkan bahan-bahan ni dari dihidu oleh baby yang ada penyakit G6PD ni.


Bahan yang Harus Dielakkan



1. Ubat gegat atau Moth balls


2. Ubat nyamuk yang mengandungi Pyrethium


Makanan Dan Herba Yang Perlu Dielakkan



1. Kacang parang atau Fava beans


2. Ubat tradisional - jamu dan herba


3. Minyak gosok 


Sumber: 
Template G6PD yang dikeluarkan oleh pihak Disiplin O&G, 
Hospital Canselor Tunku Mukhriz, PPUKM


G6PD ni bukanlah sejenis penyakit namun boleh menjejaskan kesihatan sekiranya langkah pencegahan tidak diambil dari peringkat awal. Semoga perkongsian ini memberi 1000 manfaat buat ibubapa yang mempunyai anak G6PD deficiency.


Stay cool & Stay Healthy
Because you are so special and beautiful


No comments:

Powered by Blogger.