Hamil Pada Usia 35 Tahun Itu Pengalaman Indah Atau Menggerunkan?

4/13/2019
Hamil pada usia 35 tahun tu adakah indah dan memberikan pengalaman yang menyeronokkan atau mewujudkan suasana menggerunkan sehingga seram sejuk untuk merasakan kehamilan seterusnya? 


Actually setiap orang akan mengalami pengalaman perubahan hormon yang berbeza. Jangan samakan diri kita dengan orang lain. Walau dalam usia apa sekalipun, badan mesti fit untuk hamil. Stamina kita kena kuat. Nutrien kena cukup dan kesihatan kita ni kena sentiasa tip top.


hamil usia 35 tahun keatas, cara cepat hamil di usia 35 tahun, risiko hamil usia 30 tahun keatas, pregnant in the age of 35, cabaran ibu hamil, pengalaman hamil di usia 35 tahun, bersalin induce sakit ke, pengalaman bersalin induce drip, risiko air ketuban pecah awal, kelahiran secara induce, bahaya turun naik tangga bagi wanita hamil, bahaya turun naik tangga saat hamil tua, bahaya turun naik tangga pada ibu hamil, tanda keguguran hamil 5 minggu, bleeding pregnancy sign, bleeding pregnancy week 7, alahan ibu hamil, tempoh alahan ibu mengandung, jenis alahan ibu mengandung, supplement ibu hamil, supplement ibu mengandung shaklee, ibu mengandung naik berat badan, berat ibu hamil naik mendadak, risiko hb rendah semasa mengandung, risiko hemoglobin rendah,
Saya sudah berusia 35 tahun dan saya disahkan hamil


Namun tidak dinafikan hamil pada usia 35 tahun pasti ada simptom kehamilan yang berbeza. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang hamil dalam jarak lebih dari 4 tahun dari kelahiran sebelumnya, mungkin akan alami pengalaman seperti mengandungkan anak pertama.


Alahan Kehamilan



Alahan yang dialami sangat berbeza. Macam Huda sendiri yang pernah hamil pada usia 35 tahun sewaktu menghamilkan anak yang ketiga. First time Huda alami bleeding pada awal usia kehamilan. Syukur janin masih ada dalam kandungan. Hampir keguguran jugak masa tu.


Huda hilang selera makan, kerap rasa loya dan rasa tak sedap badan. Badan pulak cepat letih dan lesu. Namun, syukur masih mampu untuk bekerja walau mengalami simptom morning sickness di awal pagi. Huda carry rasa loya sampai usia kandungan dah cecah 9 bulan.


Kenapa Sampai Dua Kali Minum Air Gula? 



Badan Huda semakin tak kuat untuk menampung berat baby dalam kandungan. Kehamilan kali ketiga ni benar-benar mencatat sejarah bila Huda disarankan untuk minum air gula sebanyak dua kali. Kenapa sampai dua kali minum air gula?


Minum air gula kali pertama disebabkan HB darah rendah. So doktor nak tengok adakah Huda mengalami anemia atau tidak dan sekaligus meningkatkan selera makan. 


Kali kedua minum air gula disebabkan berat badan naik secara mendadak. Berat badan naik 3 kilogram dalam masa sebulan dan khuatir ada menghidap penyakit diabetis atau kencing manis.


Simptom Kandungan Membesar



Huda kerap alami kaki kebas bila kandungan masuk usia 7 bulan. Sesuatu yang Huda tak pernah rasa sebelum ni. Kaki kerap cramp secara tiba-tiba. Bagi Huda ni suatu pengalaman baru seolah-olah mengandungkan anak pertama rasanya. Experience kehamilan yang sangat berbeza dari sebelumnya.


Huda ni walau cepat penat dan letih. Masih gigih turun naik tangga. Masih aktif jalan sini sana. Natijahnya, air ketuban pecah awal 2 minggu dari tarikh due. Tapi belum ada ciri-ciri nak bersalin.


Air Ketuban Pecah Awal



Time tu sempat lagi fikir mungkin air ketuban dah pecah awal, apalagi rush la pergi emergency labour room. Check betul ke tidak air ketuban pecah. Buku rekod pink mencatatkan due berbaki lagi 2 minggu. Positive air ketuban pecah, terus kena tahan ward.


Huda pergi check tu agak lambat. Actually dah rasa wet seawal pukul 3 pagi. Lapor diri kat Hospital Shah Alam pukul 7 pagi. Gap 4 hours kat situ. Syukur ingat lagi pukul berapa start rasa wet semacam.


Ha, bila dah pecah air ketuban tu, don't wait too long. Cecepat la pergi hospital wad bersalin zon hijau bahagian emergency tu. Sebabnya bahaya pada baby bila air ketuban semakin sedikit.


Pantau Bukaan Rahim



This is my experience. Waktu air ketuban pecah, rahim baru buka 3cm. Kena tahan wad. Disebabkan tak ada tanda-tanda bersalin, doktor masukkan drip antibaiotik untuk elak jangkitan kuman. Dipantau dalam tempoh 18 jam.


Selepas 18 jam, still 3cm. Tak berubah. Wait for another one day. Pun masih sama. Ha apalagi dimasukkan semula drip antibaiotik buat kali kedua dan tunggu lagi 18 jam.


Pengalaman Bersalin Induce



Hari ketiga, bukaan masih sama. Then doctor decide untuk induce. Alhamdulillah after 2 hours induce melalui drip. Baru ada rasa nak bersalin. Tapi sakitnya induce tu hanya Allah yang tahu. Rasa tulang pinggul tu macam nak patah. Berpaut pada besi tepi katil tu je nak bagi kuat tahan rasa sakit.


Waktu tu fikir nak teran je tapi ku tahan. Rasa cam nak terbuang air besar pun ada. Tapi serius cakap.. bersalin secara induce dan dipaksa secara klinikal untuk keluarkan baby tu satu pengalaman yang agak ekstreme, gerun, seram semua ada bercampur baur.


Yang penting confidence, yakin dan berdoa banyak-banyak, follow doctor's guide. In Shaa Allah semuanya dipermudahkan. Paling mudah, fikir satu saje. Bersalin dengan selamat dan dikurniakan baby sihat tu dah kira satu kesyukuran yang susah nak diungkap.


Moral of the story, jangan pernah berhenti berdoa dan anggaplah setiap pengalaman hamil dan bersalin itu suatu pengalaman yang indah bukannya menggerunkan 😊


Persediaan Untuk Hamil Pada Usia 35 Tahun 



Yeayyy hamilll !!! Seronok tu memang seronok. Nak hamil ni nutrien kena cukup. Lebih-lebih lagi dah injak usia 35 tahun. Sooo Huda amalkan ambil supplement Shaklee untuk ibu hamil seperti vitamin c, b complex, vitalea, esp, omega dan ostematrix.


Alhamdulillah membantu beri tenaga time bersalin aritu. Siap boleh berborak dengan nurse dan doktor sementara nak tunggu jahitan habis hingga selesai. Hilang semua rasa sakit hihi. Yang penting, baby sihat dan mama pun sihat jugak 😊


So depends pada you all untuk menilai. Indah atau gerun? Yang pastinya kehamilan adalah satu nikmat, platform untuk kita bermuhasabah diri ❤


Sharing is caring
Taking care of your health
Because of you are so special and beautiful

No comments:

Powered by Blogger.