4 Tips Berpantang Sesuai Untuk Bayi G6PD Deficiency

Tips berpantang ni sesuai untuk ibu first time ada bayi yang kekurangan enzim G6PD ni. Banyak persoalan bermain di fikiran untuk menilai makanan dan perkakas yang boleh digunakan ketika berpantang. Bukan apa, bayi yang ada G6PD deficiency ni agak sensitif dengan bauan, ubatan dan juga pemakanan. So kena berjaga-jaga untuk elakkan sel darah merah baby ni mudah pecah dalam jumlah yang banyak. Kebiasaannya anak lelaki yang mudah kena benda ni dan melibatkan keturunan jugak. Tapi tidak mustahil baby girl pun boleh terkena tempias.


Huda nak kongsikan pengalaman Huda sendiri bila dikurniakan anak lelaki yang mempunyai kekurangan enzim G6PD ni. Syukur doktor pediatrik Hospital Shah Alam ada berikan booklet berkaitan dengan G6PD deficiency ni. Credit to Hospital Shah Alam atas layanan dan rawatan terbaik yang diberikan 😄


tips berpantang sendiri, tips berpantang czer, tips berpantang selepas bersalin, tips berpantang slepas bersalin czer, tips berpantang caesar, bayi g6pd, rawatan bayi kuning secara tradisional, rawatan bayi kuning di hospital, rawatan anak kuning, tips merawat bayi kuning, kaedah berpantang selepas bersalin, kaedah berpantang sendiri, cara berpantang sendiri, cara berpantang yang betul, cara berpantang ceaser, g6pd deficiency medications, bayi kekurangan zat besi, bayi kekurangan darah merah, bayi kekurangan g6pd, fragile red blood cells, causes fragile red blood cells, alahan g6pd, makanan yang sesuai untuk g6pd, cara berpantang yang sesuai untuk bayi g6pd, prolong jaundice, prolong jaundis, bengkung berzip, bengkung moden, hospital shah alam reviews, hospital shah alam bersalin, hospital shah alam review, polisi amankan kediaman bayi, persekitaran berkualiti untuk bayi,
Anak saya ada G6PD deficiency.. Apa ye cara berpantang yang sesuai?


Usia 5 Hari Kelahiran



Sewaktu baby Huda ni lahir tak nampak tanda-tanda jaundis but after 3 days dah mula nampak skin baby berwarna merah gelap not pinkish. Bila Huda tekan skin baby dalam 5 seconds nampak la yellowish skin tu timbul. Time tu doktor kanak-kanak datang amik darah baby. After diagnose positive G6PD deficiency. Alkisahnya kena stay kat hospital until reach 5 days. So, on the 4th day tu doktor detect ada jaundis. Jaundis dengan bacaan yang agak tinggi time tu 197 near to 200. Terus baby diletakkan bawah cahaya lampu. Bukan satu tapi dua lampu biru dipasang. 


Apalagi terus gunakan kudrat semaksimum yang mungkin untuk susukan baby every 2 hours. Syukur kaedah tu menjadi, bacaan mula turun ke 165 pada keesokan paginya and baby boleh discharge dengan selamatnya. Then masa tu duk google cari info lagi cara berpantang yang berkesan dan terbaik ubtuk baby G6PD deficiency ni.


Masa Berpantang



Huda berpantang sama macam orang lain berpantang Huda gunakan bengkung berzip dari danita.com. Selesa, mudah dipakai dan senang dibuka semula. tak perlu nak membazir masa buka dan ikat semula ikatan tali bengkung. Hanya zip zap je senang kerja hihi. Lepas tu Huda pakai jugak pilis, param dan bertungku. 


Masa berurut tu Huda tak letak baby berdekatan dengan Huda sebab risau baby tak dapat terima bau herba tu. Syukur baby sihat dan Huda hanya elakkan penggunaan minyak yang mengandungi alkohol sebabnya Huda pernah pakaikan baby minyak yuyi untuk urut. End up bacaan kuning baby makin meningkat ke 220. Pengajaran kat sini, jangan over use pada baby. letak amount yang ala kadar saje sekadar untuk elak masuk angin. Kalau bacaan tu dah tinggi sangat, stop dulu. Tunggu kuning tu betul-betul hilang baru dipakaikan semula minyak yuyi tu.


Makanan Berpantang



Dalam pantang, truly speaking Huda makan semua makanan yang mak Huda masak. Huda tak ambik makanan yang dimasak dengan halia dan lada hitam. Bunyi macam pelik tapi itulah yang Huda elakkan. Sebabnya, benda-benda panas macam ni boleh ganggu bacaan jaundis baby G6PD. Huda banyak amik supplement yang menggalakan pembentukan imunisasi sahaja. Herba dan jamu pun Huda tak makan selagi baby Huda masih breastfeed. Boleh jadi prolong jaundice sekali kena. Baby Huda ambil masa 2 bulan dan sampai sekarang masih ada lagi sikit-sikit.


Huda hanya pastikan dalam satu pinggan tu cukup segala nutrien. Ada kabohidrat, protein dan vitamin. Maksudnya, nasi yang Huda makan tu penuh dengan lauk pauk. Ada ayam atau ikan dan juga sayuran serta buah-buahan  untuk memastikan baby Huda cukup segala zat bagi membina dan kuatkan lagi sel darah merah baby yang sangat fragile. 


Suasana Kediaman



Macam biasa la, ada anak G6PD ni kalau boleh elakkan dicemari dengan asap rokok, bau perfume yang terlalu kuat. Jauhkan dari penggunaan ubat gegat dan semburan fumakila serta seumpama dengannya. Baby mungkin dalam bahaya jika terbau bauan yang tidak sesuai dengan tubuh badan. Risiko paling teruk bila sel darah merah baby pecah dalam kuantiti yang sangat banyak dalam sekelip mata. Anemia mungkin boleh terjadi pada baby. Nauzubillah.. boleh bawa maut andai lambat dapatkan rawatan kecemasan. Sebab tu ibu-ibu kena peka perhatikan jugak ingredient ubat yang diambil. Pastikan tiada kandungan yang boleh jejaskan kesihatan baby G6PD sampailah baby ni menginjak usia dewasa.


In Shaa Allah Huda akan share vitamin yang sesuai diambil dan selamat untuk bayi G6PD ni termasuk pantang larang dari segi makanan dan ubatan dari farmasi mahupun klinik atau hospital. We have to declare to our doctor that my baby is having G6PD deficiency. So senang untuk doktor tapis ubatan yang sesuai dari segi kesihatan dan keselamatan anak kita nanti.


Sampai sini saje sharing Huda dan akan sambung dalam article seterusnya.
Jangan bosan membaca. Chill 😃


No comments:

Powered by Blogger.