5 Tips Cepat Hilangkan Bleeding Ketika Hamil
Tips cepat hilangkan bleeding ini dapat membantu para ibu hamil untuk mengambil langkah lebih awal dan tidak membiarkan bleeding ini berterusan sehingga boleh menyebabkan keguguran di awal usia kehamilan. Ye la saban hari kita lihat wanita pada masa kini tidak betah untuk duduk diam. Kerap berjalan ke sana sini atas urusan kerjaya dan juga bisnes, betul tak?
Kebiasaannya pada awal usia 12 minggu kehamilan, tanda-tanda bleeding ini mudah kelihatan. Warnanya tidak sama dengan period biasa. Ada setengah orang tu kerap keluar darah berwarna coklat, ada yang berwarna pink bercampur lendir dan yang paling berisiko bila darah yang keluar itu berwarna merah.
![]() |
5 tips bantu hilangkan bleeding ketika hamil atau mengandung |
Bila dah nampak tanda seperti ini, kena cepat-cepat buat pemeriksaan awal untuk elak masalah keguguran berlaku dengan pantas. Sebab tu la Huda nak share tips ni. Huda sendiri pernah alami bleeding yang agak lama dan alhamdulillah pada usia kandungan hampir mencecah 2 bulan, bleeding dah tidak lagi kelihatan sampai sekarang.
5 Tips Hilangkan Bleeding Ketika Mengandung
1. Lakukan Pemeriksaan Awal
Bila nampak tanda-tanda keluar darah yang tidak normal, sangat digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mengelakkan berlakunya bleeding yang berterusan sehingga boleh menjejaskan kandungan. Biasanya doktor akan scan kandungan kita untuk pastikan janin masih terlekat pada rahim. Sesudah itu sejenis vitamin untuk support pregnancy akan dibekalkan untuk tampung kekuatan rahim. Yang paling best of course MC akan diberikan dalam lingkungan 3 hari untuk pastikan kita rehat secukupnya.
2. Makan Makanan Berprotin Tinggi
Ha sebagai langkah awal, ibu hamil sangat disarankan untuk ambil makanan berprotin tinggi bagi menggalakkan tumbesaran janin dan menjadikan janin bertambah kuat dan membesar dengan sihat. Pada usia kandungan 1 bulan ni kena jaga betul-betul. Pastikan kita ambil segala zat yang perlu untuk tumbesaran janin. Antara makanan yang mempunyai sumber protin yang tinggi ni termasuklah soya, ayam, ikan dan daging.
3. Bataskan Pergerakan
Bila kita ni kerap bergerak, berjalan dan lakukan aktiviti yang agak lasak, of course bleeding tu sangat mudah untuk keluar. Mulalah nampak kesan darah bertompok coklat. Warna coklat tu kira selamat lagi. Jangan sampai bertukar menjadi merah pekat. Andai yang keluar tu warna merah pekat, cepat-cepat pergi hospital untuk dapatkan rawatan kecemasan.
4. Rehat Secukupnya
Ibu hamil yang mempunyai masalah bleeding seperti ini, sangat perlukan rehat secukupnya. Kalau boleh rehat sahaja di atas katil. Elakkan mengangkat benda-benda berat atau membuat kerja-kerja berat seperti membasuh baju yang perlukan kita untuk memberus dan menyental, mengangkat bakul baju kotor yang menimbun, atau mendukung anak buat masa ini. Badan kita perlukan rest, In Shaa Allah rest yang cukup, masalah bleeding ni akan berhenti.
5. Amalkan Pengambilan Makanan Yang Berkhasiat
Pemakanan yang berkhasiat ni perlu untuk tambahkan tenaga bagi ibu mengandung dan juga janin. Jadi setiap makanan kita tu kena pastikan cukup sumber vitaminnya seperti vitamin A, vitamin B, vitamin C, Zat Besi dan juga Kalsium. bila pemakanan kita ni lengkap dengan segala sumber vitamin ni, barulah badan kita ni bertambah sihat dan janin yang ada dalam rahim kita ni pun bertambah kuat.
In Shaa Allah dengan amalkan 5 tips ni, dapat lihat masalah bleeding ni semakin berkurangan dan tiada lagi kesan tompokan darah yang membimbangkan. Oh ya, stress pun kena jaga tau. Jangan tensionnnn.. Bila tension makin hebat la penangan bleeding tu nanti. Stay cool and stay relax je sepanjang pregnancy 😄
Moga tips ni beri manfaat pada semua ibu hamil di luar sana,
Thank you for reading,
Sharing is caring.
With Love,
HUDA KAMIL
018 207 6769
Perunding Makanan Sihat Anda
No comments: