5 Tips Persiapan Anak Masuk Sekolah Tadika

Time cuti sekolah macam ni, persiapan anak nak masuk sekolah tadika ni la yang paling haru biru. Mana nak fikir sekolah terbaik untuk dihantar, perbelanjaan yuran tahunan dan bayaran bulanan lagi dan macam-macam lagi la.


Moga 5 tips ni sedikit sebanyak membantu mak ayah untuk membuat persiapan yang lebih rapi dan terperinci. Ye la setiap mak ayah pasti nak carikan sekolah yang terbaik untuk didikan anak-anak.


daftar anak sekolah, sekolah tadika pasti, sekolah tadika kemas, sekolah tadika maiwp, sekolah tadika cina, sekolah tadika islam kuala lumpur, sekolah tadika islam selangor, sekolah tadika islam puchong, sekolah tadika islam johor, the best kindergarten in malaysia, the best kindergarten in shah alam, the best kindergarten in kl, the best kindergarten in klang, taska al-bahgdadi, tadika ladybird, tadika al-baghdadi usj 10, taipan, dzul iman usj 9, tadika subang bestari, tadika subang jaya, tadika subang perdana, tadika subang murni, tadika subang suria, tadika terbaik, yuran tadika, sukatan pelajaran sekolah tadika, tadika berdaftar, tadika untuk anak 3 tahun, tadika untuk anak 4 tahun, konsep tadika di malaysia, tadika terbaik di malaysia 2017, tadika islam at-taqwa usj 8, tadika mesra,
Persispan persekolahan untuk anak nak masuk tadika bertambah mudah dengan adanya 5 tips ni


5 Tips Persiapan Anak Masuk Sekolah Tadika



1. Dapatkan Maklumat Sekolah


Setiap sekolah tadika ni ada hari-hari tertentu yang diorang buka untuk pendaftaran pelajar baru bagi sesi tahun yang berikutnya. Disarankan mak ayah untuk semak jadual terkini pra pendaftaran supaya tak terlepas pandang. 


2. Jenis Persekolahan


Setiap kindergarten atau tadika ni ada berbagai jenis. Ada yang hanya mengambil pelajar separuh hari sahaja, ada yang hanya sampai pukul 3 petang sahaja. Ada jugak tadika yang mengambil sehingga satu hari suntuk. Ikut pada keperluan mak ayah jugak.


Andai perlu digabungkan sekali dengan day care lagi better. At least tidak perlu la menghantar sampai dua tempat berbeza. Kelebihan day care, anak-anak kita dapat mengulang kaji semula pelajaran yang telah diajar pada siang hari.


3. Yuran Pendaftaran


Setiap mak ayah ni pasti ada peruntukan kewangan tertentu. So, penting untuk tahu jumlah yuran yang perlu dibayar pada hari pendaftaran nanti. Minta detail perbelanjaan sebagai persiapan awal. Lain tempat lain harganya. Bergantung pada kawasan tempat tinggal kita. 


Sebagai contoh, tadika Dzul Iman USJ 9 Subang Jaya, perlukan lebih kurang RM 1500 untuk pembayaran pemulaan pendaftaran baru termasuk yuran tahunan, peralatan alat tulis, 1 set uniform, pembayaran yuran bulanan dan aktiviti atau program tahunan. Ni untuk kelas separuh hari.


Andai kata mak ayah perlukan day care atau menghantar sampai pukul 3 petang, diwajibkan untuk beli katil khas. Yuran bulanan pulak berbeza disebabkan skop pembelajaran ekstra termasuk harga pembelian katil khas. 


Sekiranya mak ayah lebih suka menerapkan pembelajaran Al-Quran semata-mata, boleh la try hantar anak di tadika Al-Baghdadi USJ 10, taipan. Bas sekolah turut disediakan. Sama jugak ada 2 sesi. Separuh hari dan day care. Yuran pendaftaran RM 860 untuk setahun dan bulanan RM 360 untuk separuh hari. 


4. Sesi Pembelajaran


Ha ni pun penting jugak untuk mak ayah lihat apa yang perlu diterapkan dalam didikan anak-anak. Sesi pembelajaran ni bergantung pada apa yang mak ayah nak anak-anak tu belajar. Macam Huda, Huda lebih selesa terapkan anak dengan ilmu kedua-duanya. Ilmu akhirat dan ilmu dunia.


Sebagai contoh, di Al-Baghdadi mereka terapkan cara atau kaedah pembalajaran Al-Quran, sains, hadis ringkas, bahasa inggeris, adab, akidah dan bahasa arab. Sesuatu yang menarik untuk didedahkan pada anak-anak berusia 4 hingga 6 tahun. Di akhir tahun In Shaa Allah, anak-anak kita ni boleh menghafal surah-surah lazim. 90 peratus pembelajaran al-quran.


Di sekolah tadika Dzul Iman pula lebih menerapkan tentang adab dan akhlak anak-anak. Mereka didedahkan dengan jiwa penuh kasih sayang. Skop pembelajaran pula lebih kepada bahasa malaysia, bahasa inggeris, matematik, sains dan pembacaan qiraati. Namun aktiviti harian mereka lebih tumpu pada akidah dan akhlak.


Banyak jugak tadika yang lebih fokus pada bahasa inggeris dan mandarin. Bergantung pada mak ayah untuk pilih sesi pembelajaran yang sesuai untuk anak-anak. Macam Huda ni, Huda lebih suka untuk tumpukan pada ilmu agama, budaya cintakan solat dan cintakan al-quran. Diselitkan jugak dengan ilmu akademik yang seimbang.


Huda lebih selesa untuk pilih tadika Dzul Iman. Dekat dengan rumah, sesi pembelajaran yang ringkas dengan pendedahan kepada mata pembelajaran utama seperti bahasa malaysia, bahasa inggeris, sains dan matematik. Kiranya ada ilmu dunia dan ada jugak ilmu akhirat. 


5. Waktu Persekolahan


Setiap mak ayah mesti tertanya-tanya pukul berapa nak hantar anak ke sekolah dan pukul berapa pulak nak ambil dari sekolah. Ada ke tidak extra payment kalau amik lewat atau hantar terlalu awal. Ha part ni pun penting tau untuk mak ayah ambil tahu.


Supaya tak ada la kelam kabut bila first time nak hantar anak ke sekolah nanti. Tanya habis-habisan pasal persekolahan anak-anak kita. Takut terkejut pulak kalau suddenly ada extra payment.


Okay, kalau di Dzul Iman, lewat atau awal satu jam pihak sekolah kenakan charge. Andai lebih dari 2 jam pun sama. Tapi pihak sekolah ni masih ada toleransi. Boleh discuss dengan pihak sekolah andai ada ada masalah tertentu.


Kalau Al-Baghdadi pulak. Tiada extra payment. Cuma parent kena inform pihak sekolah earlier. At least diorang boleh prepare apa-apa yang patut. Kedua- dua sekolah ni ada rules and regulatiin tersendiri. Yang penting, communicate okay. Telefon pihak sekolah kalau ada sebarang pertanyaan.


Okay, ni sahaja tips yang Huda nak kongsikan pada mak ayah yang mungkin dalam dilema untuk memilih sekolah buat anak-anak. Oh ya, taska yang paling murah di area Subang Jaya adalah tadika Pasti di USJ 6. Sekolah ni pun okay jugak. Banyak skop pembelajaran yang didedahkan kepada pelajar. Ada day care jugak. 


So, parents boleh la buat pemilihan yang lebih realistik, mesra dengan kanak-kanak dan anak-anak sentiasa dalam keadaan yang selesa bila belajar nanti. Kita ni sebagai parent of course nak berikan dan dedahkan anak kita dengan ilmu akhirat dan juga duniawi betul tak? That is why Huda tumpukan sikit sekolah tadika islam yang boleh kita pertimbangkan.


Mana yang sukakan pembelajaran utamanya bahasa inggeris atau mandarin, boleh la pilih sama ada tadika Ladybird atau Q-dees. Ni antara tadika pilihan mak ayah. Masalah kewangan ni sometimes buatkan parent teragak-agak nak buat pemilihan.


Tapi percayalah bila ada dorongan yang kuat, ada matlamat yang tepat, pasti ada jalan untuk kit mencari sekolah tadika yang bersesuaian dengan budget kita. So, dari sekarang boleh la start menabung untuk persekolahan anak-anak yang pastinya tidak murah seperti dulu.


Huda pun bersyukur ada bisnes online sambil bekerja tetap. Duit lebih Huda buat tabungan untuk pendidikan anak-anak. Itu sahaja yang Huda nak kongsikan agar kita sentiasa didorong dengan sikap terbuka untuk meneliti setiap tindakan yang pasti tidak timbulkan rasa kesal dalam membuat sesuatu perkara. Allah is always be there to help us 😊


Salam sayang,
Coretan dari hati



Huda Kamil
The Founder of Dbestummi
018 207 6769

2 comments:

  1. Pisyek cuba cari jugak tadika untuk kanak-kanak umur 3 tahun sekitar Bandar Sunway ni, tapi mencabar betul. Tak jumpa-jumpa.

    Huhuhu.

    Post terbaru: Jom join Bengkel asas WordPress pada 20 Jan 2018

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kena sabar dan pandai mencari. Tak semua tadika provide teacher untuk anak berusia 3 tahun ni. Bergantung jugak pada kawasan dan permintaan parents jugak :)

      Delete

Powered by Blogger.