7 Tips Mengatasi Rasa Takut Dalam Mencapai Target Bisnes Sendiri

11/16/2017
Huda nak sangat share tips mengatasi rasa takut bila nak capai sesuatu target dalam bisnes. Huda pun pernah alami perkara yang sama. Kecundang sekali, terus down grade target. Bukan lagi tinggi tapi makin sikit pulak target yang nak dicapai untuk next season.


Perasaan takut ni sering kan kita rasa especially bila kita rasa macam dah cukup dah apa yang kita buat. Tup tup tak tercapai jugak target tu. Tengok orang lain merudum-rudum bisnes masuk. Kita dah mula kecut perut hihi.


target market bisnes, cara mengawal rasa takut, kurang yakin pada diri sendiri, perasaan tertekan di dada, gagal dalam hidup berbisnes, kecewa tak naik pangkat, tidak tahu cara berdoa dan berterima kasih, tips untuk kuatkan semangat, cara mengatasi masalah putus asa, cara yakin dengan allah diri sendiri, not fear what man can do, fear to failure, cara betulkan niat bila berbisnes, galakkan diri sendiri, strategic management and planning, mengubah takdir dengan doa, berprasangka baik kepada allah, tips atasi rasa malu, kaedah terbaik untuk buat sesuatu yang berbeza, bagaimana nak jadi jutawan senyap, berbisnes dengan allah, ilmu baru dalam dunia bisnes, the new psychology of success, cara reset minda, push factor of migrations, pemimpin berani ambil risiko, cari peluang tonjolkan kemampuan diri,
Nak bisnes mesti kena lawan rasa takut



So, bila timbul perasaan takut target tak dapat nak dicapai, kita mula jadi demotivated. Terus amik initiatif untuk tukar bisnes lain. Drop out diri sendiri dari meneruskan bisnes tu. Sometime kita boleh jadi dalam satu tahap tu hilang keyakinan dan akhirnya amik sikap endah tak endah. Dah tak kisah soal target hanya redha dan pasrah dengan nasib sendiri.


Bila hilang keyakinan ni.. masa ni la syaitan mula cucuk jarum. Syaitan mula cakap kat kita "tak payah dah la buat bisnes ni". "Bukan boleh maju pun". "Hasil same je tak pernah berubah". Then datang pulak hasutan lain, "orang lain berniaga maju sebab ada strong cabel. Kita ni pangkat Dato' pun tak ada".


Makin kerap kita layan perasaan, makin banyak anasir negatif tu singgah dan terus menyinggah sampailah kita depress dan rasa give up nak teruskan langkah dan mencorak perubahan dalam memviarisasikan perniagaan kita sendiri.


Tips Untuk Mengatasi Rasa Takut Dalam Bisnes



target market bisnes, cara mengawal rasa takut, kurang yakin pada diri sendiri, perasaan tertekan di dada, gagal dalam hidup berbisnes, kecewa tak naik pangkat, tidak tahu cara berdoa dan berterima kasih, tips untuk kuatkan semangat, cara mengatasi masalah putus asa, cara yakin dengan allah diri sendiri, not fear what man can do, fear to failure, cara betulkan niat bila berbisnes, galakkan diri sendiri, strategic management and planning, mengubah takdir dengan doa, berprasangka baik kepada allah, tips atasi rasa malu, kaedah terbaik untuk buat sesuatu yang berbeza, bagaimana nak jadi jutawan senyap, berbisnes dengan allah, ilmu baru dalam dunia bisnes, the new psychology of success, cara reset minda, push factor of migrations, pemimpin berani ambil risiko, cari peluang tonjolkan kemampuan diri,
"If you wait until you're ready, you'll be waiting for the rest of your life"
Quote from The Millionaire Club



1. Kena Pasakkan Niat


Refresh balik diri kita sendiri. Apa tujuan kita buat bisnes ni sebenarnya. Adakah kita buat bisnes disebabkan oleh suka-suka sehingga menjadi ikut-ikutan atau kita ni buat bisnes disebabkan oleh keadaan yang mendesak atau kita buat bisnes dengan niat kerana Allah untuk bantu orang lain.


Niat yang jelas kerana Allah tu sebenarnya menguatkan lagi keyakinan diri dan kita sanggup gunakan apa cara sekalipun untuk membantu orang lain dengan bisnes yang kita ada.


2. Letakkan Keyakinan Diri


Tak salah sebenarnya kalau kita memasang sesuatu impian. Impian ni jugak berbalik dengan keyakinan kita untuk capai impian tu. Sebab tu kita kena ada button push factor. Push factor ni adalah big why utama kenapa kita nak sangat capai target tu. Tanya balik diri kita, apa yang kita nak sebenarnya? Apa yang mendorong kita sebenarnya?


Bila kita dah ada strong factor untuk bantu kita teruskan legasi perniagaan kita. Masa ni la keyakinan tu akan timbul. Sedangkan kita boleh rasa yakin Allah pasti dan akan bantu kita walaupun Allah tu kita tak nampak, tapi kita yakin Allah tu wujud.


Keyakinan ni kena dipupuk seiring dengan jalan yang lurus. Mohon dan pinta padaNya. Yakin Allah pasti bantu dengan usaha bersungguh-sungguh. Tanpa tangguh menangguh dalam memulakan sesuatu strategi.


Yes, sebelum memulakan strategi tu, niatkan dengan ikhlas mohon pada Allah semoga apa yang kita cuba sampaikan tu akan terdengar dan diterima dengan baik. Datangkan hasil yang mencurah-curah.


3. Senaraikan Rasa Kesyukuran


Setiap orang ada je rasa kesyukuran cuma bezanya bila kita tulis sambil berdoa. Aura tu lain sangat. Andai kita tulis dengan ikhlas. Semakin banyak ion positif mengalir dalam minda kita. Buatkan kita jadi kuat dan bertambah yakin.


Bila kita dah reset minda kita ni. Makin senang kita nak curahkan idea. Buatlah setiap hari 100 list campur pagi, petang dan malam. Then review balik. Sambil baca sambil berdoa. Lahirkan rasa syukur dengan sangat ikhlas.


4. Buat Solat Sunat


Yes, solat sunat ni antara elemen yang sangat-sangat membantu. Seandainya kita was-was, ragu-ragu, timbul perasaan tidak berapa yakin, buatlah solat istikharah. Solat istikharah ni bukan tumpu untuk cari jodoh je. Tapi untuk nak hadapi dan buat keputusan yang amat berat bagi kita, solat ni sangat membantu.


Lepas tu buatlah solat sunat taubat. Kita ni bukanlah kain putih. Banyak ssngat corak yang ada. Kesalahan kita dengan Allah hanya boleh diampunkan dengan bersolat. Mohon keampunan dan rajinkan diri buat solat malam.


5. Mintak Ampun


Kita ni kena jaga hubungan. Hubungan dengan Allah terampun dengan berdoa dan mohon bersungguh-sungguh. Tapi kesalahan kita dengan manusia ni tidak ada cara lain melainkan mohon kemaafan secara terbuka dan seikhlas hati. Kita kena pastikan orang yang kita mungkin sakiti tu ampunkan kita balik dengan seikhlasnya.


Ye la bila bisnes kita ni ada masalah pasti ada sebab. Kira check satu persatu ada tak kita buat silap kat mana-mana. Kita gali dan kena cari. Redha Allah tu terletak pada keredhaan orang di keliling kita. Especially mak ayah kita, adik beradik kita, kawan karib kita. Saudara mara kita dan semua orang di sekitar kita.


Yes, Allah Maha Pengampun. Dosa sesama manusia still kena bagi settle face to face. Tak ada short cut huhu. Ni pun reminder untuk diri Huda jugak. Sometime kita tak sedar ada orang mungkin terkecik hati. Just minta maaf pada orang paling rapat dengan kita, at least tau. Tapi mak ayah kita is the priority. Itulah punca periuk nasi kita.


6. Beranikan Diri


Kita ni dalam berbisnes kena cabar diri sendiri buat something yang kita tak pernah buat. Contohnya buat live video ke, buat vlog ke upload dalam youtube. Sekarang ni makin ramai orang cari glamour through youtube hihi.


Kita ni kena pandai cari peluang. Gunakan segala sumber yang ada. Latihkan diri untuk mencuba. Upgrade diri dengan ilmu. Banyakkan membaca. Banyakkan berinteraksi dengan orang. Secara tak langsung kita boleh gunakan kelebihan orang lain tu untuk majukan diri kita pulak. Tiruvasikan gaya penulisan dan macam-macam lagi la.


7. Never Give Up


Yes, janganlah cepat putus asa. Asal timbul rasa mendesak di dada, buatlah solat hajat. Bangkitkan balik semangat. Lawan kata-kata negatif. Reset mindset. Buat target dan fokus. Bila kita fokus, kita dah tak pandang kanan kiri. Sebab kita yakin dan percaya kita boleh berjaya capai target tu.


Oopps jangan over excited pulak tau. Takut nanti kecundang habis meroyan pulak. Letakkan balik niat yang betul. Letak keyakinan pada Allah. Usaha dan tawakal. Bila kita tawakal. Andai tersadung kita tak melatah. Kita ambik kegagalan tu sebagai satu cara untuk majukan balik diri kita. That is the best way.


How To Reflect Yourself



target market bisnes, cara mengawal rasa takut, kurang yakin pada diri sendiri, perasaan tertekan di dada, gagal dalam hidup berbisnes, kecewa tak naik pangkat, tidak tahu cara berdoa dan berterima kasih, tips untuk kuatkan semangat, cara mengatasi masalah putus asa, cara yakin dengan allah diri sendiri, not fear what man can do, fear to failure, cara betulkan niat bila berbisnes, galakkan diri sendiri, strategic management and planning, mengubah takdir dengan doa, berprasangka baik kepada allah, tips atasi rasa malu, kaedah terbaik untuk buat sesuatu yang berbeza, bagaimana nak jadi jutawan senyap, berbisnes dengan allah, ilmu baru dalam dunia bisnes, the new psychology of success, cara reset minda, push factor of migrations, pemimpin berani ambil risiko, cari peluang tonjolkan kemampuan diri,
"Stop being afraid of what could go wrong. Think of what could go right"



1. Throwback


Okay, Huda pun nak share sikit la pasal reflection diri Huda sendiri. Huda pernah gagal capai target berkali-kali. Sampaikan Huda terdesak Huda cari someone untuk bantu. Then Huda realize whatever happen kat Huda ni sebenarnya Huda sendiri yang buat.


Awal-awal lagi Huda lahirkan perasaan kurang berkeyakinan untuk promote sesuatu yang sangat istimewa yang sangat membantu orang lain. Bila aura tu Huda dah salurkan penerima dapat rasa and rejection will occur.


2. Mindset


So, on the first day Huda buat set minda. Huda tidur awal Huda bangun dan buat solat istikharah. Huda buat solat taubat. Selesai je solat Huda tulis dan senaraikan semua sebab penyebab Huda bersyukur sangat pada Allah.


Miracally, Huda dapat jawapan selama ni Huda buat bisnes bukan sebab suami dan anak-anak tapi sebab ibu Huda. Ibu Huda ni special tak pernah nak terima duit cash dari anak-anak melainkan pada pagi Hari Raya je. Imagine seorang ibu yang mengasuh 2 orang cucu suddenly mengadu sakit lenguh badan. Sometime pening tak larat nak bangun.


3. Confidence


Huda pasakkan niat nak bagi vivix dekat mak Huda. Dengan izin Allah Huda diberi kekuatan untuk belikan sebotol buat ibu Huda. Then bila Huda tengok ibu makin cergas makin sihat. Wajah makin segar. Huda rasa happy sangat.


Vivix is not cheap okay. Tapi Huda rasa this is the best supplement ever. Rasa beruntung sangat dapat spend money untuk manfaat ibu Huda. Rasa berbaloi-baloi sampaikan lahir perasaan yang kurang enak bila vivix tu habis and tak dapat nak continue.


4. Big Why


Huda rasa macam kejam pulak kalau Huda tak jaga kesihatan ibu yang selama ni besarkan Huda siap bagi tumpang lagi without charged. What else can I do? Tak akan tak ada terdetik nak sumbang sesuatu.


Then Huda decided nak berikan 2 botol vivix pada ibu Huda setiap bulan. This is my target. Huda tahu usaha tu kena lebih. As long kita yakin dan percaya Allah pasti bantu kenapa kita nak stop kan?


So in conclusion, niat tu main peranan. Cari big why kita yang sebenar-benarnya. Benda tu semua sangat-sangat membantu. Jaga pertalian dengan Allah dan jaga pertalian dengan ahli keluarga In Shaa Allah hidup kita jauh lebih berbahagia 😊


Oh ya, andai dah ada impian dan memang tercari-cari bisnes online yang gunakan medium blog, boleh contact Huda. Huda boleh bantu bagi guide dan strategi untuk naikkan entry blog.


Sharing with love,
Mentor Bisnes Shaklee Online
Huda Kamil
018 207 6769

2 comments:

  1. Cabaran yang saya hadapi..buat keja kurang berhasil selama 4 tahun yang lepas..

    Orang kata jangan berputus asa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu berusaha sampai dapat. Saya pun sama Encik Hanafi walau kecundang masih berusaha untuk mencapai apa yang ata nak capai. Jangan mudah berserah.

      Delete

Powered by Blogger.