Tips Untuk Kawal Emosi Selepas Bersalin

Assalamu'alaikum,


Saya suka kongsi pengalaman saya sendiri saat melahirkan anak pertama dan kedua. Memang tak dinafikan emosi kena kuat sebab kita tak tahu apa yang bakal ditempuh seelok selepas bersalin.


Ada ibu melahirkan air mata gembira kerana anak selamat dilahirkan. Ada jugak yang lahirkan air mata gembira walau anak mengalami risiko kesihatan selepas dilahirkan. Ada juga ibu yang menangis campur gembira bila anak yang dilahirkan tidak dapat diselamatkan.



Si ibu kene cekal dan tabah


Walau apa jua bentuk situasi, ibu kena kuat.. Ibu kena tabah... Ibu juga kena sabar... Wahai suami, sentiasalah berada di sisi isteri. Berikan sokongan... Berikan dorongan... Berikan pedoman... Tanpa suami, isteri tidak kuat.


Ibu automatik jadi kuat sebab adanya anak di sisi. Ibu automatik jadi kuat sebab ada suami di sisi. Ibu juga jadi kuat sebab adanya ahli keluarga di sisi.


Ibu yang ada anak berisiko mahupun meninggal dunia, sangat perlukan kekuatan mental dan emosi. Jiwa ibu ni mudah rapuh. Sudahlah tak boleh solat jadi kena ada orang yang remind untuk banyakan berdoa dan berzikir. Syaitan sangat suka ganggu emosi ibu bermasalah untuk fikir perkara yang bukan-bukan. 


Jangan biarkan si ibu ni duduk termenung sorang-sorang. Galakan isteri bergaul dengan rakan di wad, berkongsi cerita dan paling best spend time dengan isteri sepanjang tempoh lawatan. Kalau ada anak berisiko tu teman isteri lawat anak dan elak bercerita pasal anak andai bayi tu dah meninggal.


Bila dah sampai rumah... Galakan isteri berpantang. Berpantang yang paling biasa orang buat 40-44 hari bergantung pada individu. Hal-hal rumah tu masa nilah suami tunjukkan bakat. Bukan isteri tak boleh buat, tapi sakitnya bersalin tu sampai nak bangun pun susah... Kalau ceaserean lagi la nak kena jaga jahitan bawah perut.


Tapi walau apa jua sekalipun zikir yang paling senang dan yang mudah "lailaahailla anta subhanaka inni kuntum minadzzolimin" jangan tinggal dan jangan lupa baca baik sebelum bersalin mahupun selepas bersalin. In Shaa Allah dilapangkan hati dan pemikiran untuk lebih redha.


Waallahu'alam.


Just sharing,
Because of you are special
By Nurulhuda Kamil

No comments:

Powered by Blogger.