Bentukkan Hobi Untuk Anak Yang Aktif Di Malam Hari

5/10/2016

Nuha dan Nawal tekun belek buku kegemaran mereka


Assalamua'laikum,

Hmm agak lama menyepi.... Alhamdulillah Allah bagi juga kekuatan untuk terus menulis. Anak yang nak membesar ni memang tak boleh nak duduk diam. Kalau siang hari dah aktif ada kala leh terlajak sampai ke malam hari. So ibu ni ada kala kene buat trick untuk bagi anak ni berada dalam zon terkawal supaya mudah la si ibu untuk lakukan hal lain ☺


Macam Nuha dan Nawal ni memang aktif tak kira siang atau malam. Kuat bergurau dan bermain. So nak elak ada unsur aksi yang agak membimbangkan, ummi needs to create something yang boleh tarik perhatian diorang untuk behaves. So takde la istilah ummi diganggu ketika solat. Dah kata kanak-kanak, of course daya tumpuan untuk fokus tu tak la begitu lama but cukup untuk dimanfaatkan sehingga ummi selesai solat.


Dalam memilih sesuatu hobi, ummi suka selidik character anak-anak ummi. Setiap anak ada minat yang berbeza. Nuha suka tengok binatang dan bahan bacaan mesti ada ilustrasi binatang especially bears. Nawal pulak sukakan something funny and colorful. So bila bagi buku yang ada ilustrasi baby's character and cartoon cukup buat Nawal untuk bercerita gunakan bahasa tersendiri. Ummi pulak yang blur and confuse 😅


Surprisingly, both of my kids boleh behave duduk diam-diam belek muka surat satu persatu. Tapi of course Nuha si aktif memang tak boleh tengok Nawal duduk diam. Buku adik pun dia nak amik. Nuha memang kuat nengusik. Nawal ni lain sikit boleh terus belek buku berulang kali sampai ummi datang dekat baru stop.


Memang kelakar dan terhibur tengok character anak pelbagai ragam but it's the best practice untuk elak ummi stress. Budaya membaca ni memang tak rugi kalau dipupuk dari kecil. Galakkan anak berimaginasi dan bercerita. Bagi ummi ni perkembangan yang baik untuk anak ummi moga menjadi pemangkin bagi generasi muda yang kreatif dan berinovatif In Shaa Allah.


Doa ummi buat anak-anak ummi moga sihat dan aktif dalam mengorak langkah kehidupan dan bertindak rasional dalam menegakkan kebenaran. Sabar dan tabah harungi dugaan kerana di akhirat pahala ganjarannya serta syurga tempat tinggalnya 😊


Memang tak rugi kalau para ibu bentukkan hobi anak di peringkat permulaan. At least ibu dapat idea apa yang anak suka dan tak suka. Bila dah tau trick si anak, senang bagi ibu untuk fikirkan strategi terbaik untuk bentuk peribadi anak dari awal usia 😄 Character seorang anak bergantung pada bagaimana si ibu mencorakkannya. Try to make it colorful and wonderful so that we won't be blamed at the end 😃


___Because you are special___
___by Nurulhuda Mohamad Kamil___


No comments:

Powered by Blogger.