Resepi Churros Yang Sangat Rangup Bertambah Lazat Cicah Coklat Leleh..

1/15/2016

Assalamua'laikum,


Hi good morning you all! Emm nak buat apa yea minum petang arini? Esok cuti. Nak tak try buat resepi churros ni. Sangat rangup dan lagi lazat kalau cicah dengan coklat syrup mau bertambah-tambah bila makan nanti emmm yummy..


resepi churros, resepi churros mudah dan sedap, resepi churros gebu, resepi churros laura, recipe churros with chocolate sauce, recipe churros con chococale, recipe churros spanish fitters, recipe churros spanish doughnuts, churros recipe, resepi churros sedap, resepi churros masam manis,
Churros ni sesuai untuk kanak-kanak, kurang manis dan rangup. Walau tak cicah coklat tetap sedap dimakan


Saya dah banyak kali dah buat churros ni bila minum petang bersama keluarga. Ala-ala mcam buat jemput-jemput jugak cuma bezanya tak pakai baking soda kita pakai butter. Pastu kalau nak guna oven pun boleh tapi saya tak berani high temperature takut letup je hehe saya goreng selamat sikit.


Cara nak buat pun so simple hopefully video ni leh bantu you all untuk masukkan bahan-bahan dengan lebih mudah. Tak lama pun nak sediakan churros ni around 30-40 minutes dah siap.




Penyediaan bahan untuk 6 orang:


  • 1 cawan air
  • 1 cawan tepung biasa
  • 3 sudu besar unsalted butter
  • 1 sudu kecil minyak sayuran atau pape minyak yang ada
  • 4 biji telur
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila
  • Minyak masak untuk goreng
  • 1/2 cawan gula pasir atau icing sugar untuk salutan
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis


Cara-caranya:


  1. Panaskan minyak masak lebih kurang separuh kuali sederhana untuk menggoreng.
  2. Gunakan periuk sederhana masukkan air, butter, minyak sayuran, 1 sudu besar gula, vanilla dan garam. Biarkan sampai mendidih.
  3. Kecikkan api, masukkan tepung dan teruskan kacau sampai jadi bulat. Ingat tau kene terusan kacau. Adunan ni masak dalam 1 minit.
  4. Lepas tu masukkan doh tadi tu dalam mangkuk lain, masukkan satu biji telur dulu pastu kacau. Jangan letak sekaligus. Ni nak pastikan telur tu rata.
  5. Bila dah siap, doh bercampur telur tadi tu masukkan dalam piping bag ukiran star jadi nampak lah cantik sikit bentuknya. Kalau nak gentel lurus memanjang pun boleh. Ukuran ikut suka la nak panjang ke pendek ke. Kalau panjang dalam 5 inci tu macam puas la nak menikmatinya
  6. Mana yang biasa buat terus atas kuali panas boleh je. Macam saya yang kurang mahir ni saya buat asing. Susun siap-siap baru goreng. Then saya goreng sikit-sikit taruk la dalam 5-6 churros dah nampak warna tukar gold brown color terus angkat.
  7. Kalau tak nak berminyak sangat, pinggan tu lapik la dengan kitchen towel. Ha jangan lupa salutkan churros tu dengan icing sugar tabur sikit serbuk kayu manis. 


Tak nak bubuh serbuk kayu manis pun takpe. Just icing sugar atau gula pasir biasa pun ok. Kalau nak cicah dengan sos ke kaya ke atau chocolate syrup pun boleh. Kalau nak cairkan cooking coklat pun boleh. Pendek kata serba boleh.


Ikut citarasa sendiri Sangat rangup dan enak dihidang bersama teh panas. Fuhhh memang superb laaa..  


Jangan lupa cuba tau.. confirm nak buat lagi!


No comments:

Powered by Blogger.