Teroka Minda Anak Anda Menjana Kreativiti "Genius"

10/22/2015


Assalamua'laikum,


Tiap orang tau otak berkembang seawal usia lahir. Ha, anak bijak pintar, anak suka bertanya, ingin tahu semua benda di sekitar kita. Untung mak ayah kalau dapat teroka minda anak anda menjana kreativiti genius!


Tapi tanya balik diri kita, apa yang kita terapkan dan ajarkan pada anak-anak? Adakah ilmu Sains, English atau Matematik? Hmm.. ramai ibu bapa yang rasa ghairah nak ajar anak semua subject tu kan? Intresting and knowledgebale



tip mengasuh anak, cara didik anak, cara didik anak cara rasulullah, cara didik anak lelaki, cara didik anak perempuan, cara didik anak solat, cara mendidik anak secara islami, perkembangan minda kanak-kanak, minda kreatif, kreativiti minda, anak bijak, anak genius, cara mendidik anak kreatif, cara menjadikan anak kreatif, cara merangasang anak kreatif
Anda tau tak pupuk pemikiran kritikal itu kreatif sebenarnya.


Perkara utama mak ayah kena terapkan adalah soal akidah dan akhlak dulu bukannya subject tu semua. Kenapa akhlak yek? Untuk didik anak kene lah sesuai dengan cara hidup Islam. Ni saranan Rasulullah tentang hak-hak anak:-

  • Hak untuk hidup
  • Hak terhadap keluarga
  • Hak diberi nama yang baik
  • Hak penyelenggaraan
  • Hak pendidikan (akademik dan pengetahuan Islam)
  • Hak dibesarkan ikut cara Islam


Kita tak nak anak kita Islam dalam IC je. Kita nak anak kita faham erti hidup sebenarnya, tu yang penting. Sebab tu didikan akidah dan akhlak sangat ditekankan. Sorry kalau topik ni agak menyentuh. Saya tak nak kita gagal didik anak dan dipersoalkan di akhirat tentang tanggungjawab sebagai mak ayah.


Jadi untuk renungan dan amalan kita semua, saya nak kongsi cara merangsang anak kreatif dan mendidik anak ikut ajaran Rasulullah:-


Tingkah Laku (Role Model)

     i. 0-7 Tahun:

  • Tunjuk rasa hormat pada anak. Rasa jangalkan?? Tak pe jangan takut atau rasa tercabar. Anak takkan melawan kalau kita tunjuk layanan baik. Kita pemimpin, kene lah mulakan dulu, baru anak ikut☺ 
  • Ajar akhlak dan adab. Hmm.. akhlak tu tunjuk contoh baik macam jumpa orang bagi salam, senyum, beri bantuan bila perlu, ziarah kawan sakit. Adab ni ajar cara hidup sopan. Contoh, sebelum makan baca doa, tak cakap masa makan, dah habis makan cakap alhamdulillah.

      ii. 3-5 Tahun:

  • Ajar tauhid seawal 3 tahun. Tauhid ni nadi utama akidah kita. Buat hati anak timbul rasa Allah wujud. Cara mudah, sebut "tiada tuhan selain Allah" banyak kali. At least 7 kali. 
  • 4 tahun, tekankan Nabi kita. Anak kene tau siapa Nabi Muhammad. Cara mudah, sebut "Nabi Muhammad utusan Allah" banyak kali. So, anak akan tau tuhan itu Allah dan Nabi itu rasul.
  • 5 tahun, ajar solat. First, uji anak. Make sure anak tau beza mana kanan dan kiri. Ni nak bagi mudah solat hadap kiblat. Pastu ajarlah cara berdiri, ruku', sujud dan salam. Kurangkan anak tonton TV, ajar mengaji, galakkan main permainan yang menjana minda seperti Lego atau Lasy.


tip mengasuh anak, cara didik anak, cara didik anak cara rasulullah, cara didik anak lelaki, cara didik anak perempuan, cara didik anak solat, cara mendidik anak secara islami, perkembangan minda kanak-kanak, minda kreatif, kreativiti minda, anak bijak, anak genius, cara mendidik anak kreatif, cara menjadikan anak kreatif, cara merangasang anak kreatif
Asah minda anak di peringkat awal usia, kelak otak serap ilmu seperti sponge.


      iii. 9-11 Tahun:

  • Ajar dosa dan pembalasan. Anak buat salah, explain tindakan diorang tu Allah suka ke tak. Kalau Allah tak suka, masuk neraka dan diseksa azab perit. Bukan nak anak takut je, kita nak diorang faham tiap dosa ada balasan. Minta ampun kat Allah, Maha Pengampun Maha Penyayang.

      iii. 12 Tahun:

  • Ajar sifat-sifat Allah. Ada kala kita lupa nak ajar Allah Tunggal, Agung, Besar, Hebat, Tak Mati dan Sentiasa Hidup. Untung mak ayah kalau dapat terap dalam diri anak dengan jayanya. Anak, spontan boleh ucap syukur dan takjub bila lalui atau lihat sesuatu. Ni lah generasi hebat yang kita nak.

      iv. 15-21 Tahun:

  • Ha..ha.. ni lah yang kita risaukan, anak masuk alam remaja. Cabaran mental dan emosi mak ayah. Anak semakin progresif, komentar dan idealistik. Semua persoalan, nak jawapan bernas. 
  • Mak ayah tolong jangan stress. Hadap semua ni dengan tenang. Buat perbincangan, kongsi idea, beri contoh dan pendapat anak boleh terima.
  • Memang sukar nak buat anak terima pendapat kita dan nak buat diorang faham. Lebih-lebih lagi dalam bab percintaan zaman remaja. Banyak pantang-larang, tak boleh pegang tangan, duduk berdua dan macam-macam lagi. 
  • Cara mudah, rajin-rajin bawa anak kita ke majlis ilmu setidak-tidaknya diorang boleh belajar dan tambah ilmu agama. Sayang kalau kita biar akhlak mereka rosak dan terjebak dengan aktiviti tak sihat. Mak ayah kene amik tau perkembangan semasa anak-anak.


Komen dan pujian Positif 

  • Hmm... berapa ramai mak ayah yang puji anak setiap kali diorang dapat result? Bagus! good job! bijak sangat! hebat!! atau lebih pada lembap! tak cerdik! pemalas! stupid! Sedihkan... kalau kita berada kat tempat anak, apa kita rasa? sure down..
  • Tak salah puji anak andai mereka dapat result kurang bagus sekalipun. Lagi kerap kita puji bertambah yakin diri. Jangan seksa naluri mereka takut timbul rasa dendam. Bagi galakan In Shaa Allah berjaya jugak nanti. 


Mewujudkan Pertalian Akrab

  • Best tak setiap kali husband peluk kita? Seronokkan.. rasa tenang, disayangi, dicintai, penuh kasih sayang Macam tu la anak kita rasa kalau kita peluk mereka. Tak kiralah anak kita dah besar semakin dewasa, takkan rasa kekok andai dari kecik kita buat macam tu.
  • Mak ayah kerap guna rotan untuk ajar anak. Bagus, ada ketegasan dalam mendidik! Tapi perlu ingat tak semua perkara guna rotan ada kalanya perlukan pendapat, beri galakan, ungkap kata positif. Kita kene terima baik buruk anak dengan hati terbuka.
  • So sweet andai husband kita seorang pendengar setia, romantik sangat! Rasa berbunga jiwa, kewujudan kita dihargai. Begitu jugak perasaan anak bila luahan mereka didengari. Mak ayah, beri impak positif, jadilah sahabat pada anak.
  • Mak ayah tolong buang sikap sambil lewa. Walau ada pengasuh dan cikgu sekalipun, jangan serahkan bulat-bulat pada mereka untuk perhati anak kita. Berkomunikasi, turut perkembangan anak dan amik tahu dengan siapa anak kita berkawan. Salah pilih kawan, banyak masalah timbul.  
  • Berpikir kritis, anak kreatif. Konon anak tanya "kenapa tak boleh bercinta sebelum nikah?" Berbincang, galak anak bagi pendapat, bagi peluang diorang fikir logik. Anak tak setuju, tak pe jangan marah, be cool, selesaikan sama-sama. Klik fakta tepat In Shaa Allah anak anda boleh terima. 


Didik dan asuh anak tak semudah 1 2 3. Mak ayah kene korban masa, tenaga dan terapkan Al-Quran dalam diri setiap anak. Pemahaman makna Al-Quran sangat membantu. Generasi tanpa Al-Quran dalam diri gelap masa depan, hilang arah dan pedoman.


Semoga tips ni beri inspirasi pada mak ayah mendidik anak menjadi kreatif cari penyelesaian masalah ikut cara Islam dan menjadi insan berilmu. Baik untuk diri dan masyarakat. Kalau nak pendedahan lebih optimum, boleh layari laman web berikut 


No comments:

Powered by Blogger.